Tuesday, December 27, 2011 @ Tuesday, December 27, 2011 | 0 Comment [s]
Salam semua :)
Rajin untuk mengupdate hari ini .. topik hari ini ialah :
Fasa-fasa penting apabila dikecewakan.. -_________-
mungkin lebih kelihatan pada kaum Hawa, tapi kaum Adam juga tidak terkecuali..
1.Fasa Menangisi Diri
Anda merasakan anda wanita / lelaki yang paling malang dalam dunia. Menyalahkan diri mengapa cinta itu kejam atau merasakan bahawa mengapa untuk menemui cinta sejati itu begitu susah sekali. Anda menjadi puitis, seringkali bersajak atau bermadah. Saat ini juga anda merasakan apa yang anda lihat / tonton hatta dua ekor burung sekalipun menjadikan anda sayu, sedih dan seumpamanya.
2.Fasa Penafian
Anda menafikan bahawa anda masih bersedih. Cuba berlagak cool di hadapan rakan-rakan yang cuba memujuk anda. Terus meyakinkan orang di sekeliling anda bahawa anda baik-baik sahaja dan semua yang telah berlaku hanyalah kenangan lalu dan anda telah maju ke hadapan. Sedangkan anda masih menangisi apa yang telah terjadi.
3.Fasa 'Rebound'
Ada orang mengalami fasa ini dengan berkenalan dan berkawan dengan lelaki / wanita lain dan agak terburu-buru menerima wanita/lelaki lain dalam hidup anda. Terus menukar status 'single' di facebook ke 'in a relationshio' bahkan 'engaged' sedangkan ianya masih baru lagi. Kawan-kawan rapat anda yang mengikuti kisah cinta anda sebelum ini tahu bahawa anda hanya melakukannya untuk tidak rasa kalah kepada bekas / ex kekasih anda jika anda mengetahui bahawa dia sudah menemui cinta barunya.
4.Fasa Membenci
Fasa ini muncul serentak, sebelum atau selepas fasa penafian. Anda akan membenci lelaki / wanita itu dengan dasyat. Anda tidak mahu mendengar namanya, mendengar lagu yang ditujukan kepada anda atau menonton apa sahaja cerita yang mengingatkan anda pada bekas / ex kekasih anda. Anda akan membuang semua e-mail, surat cinta, kad ucapan yang diberi olehnya malahan membakar/mengoyakkan semua gambar dirinya. Anda juga mungkin membenci kekasih baru bekas / ex kekasih anda itu walaupun anda tidak pernah mengenalinya.
5.Fasa Perubahan
Fasa ini merupakan fasa di mana anda tiba-tiba sahaja mahu mengubah semuanya. Anda memotong rambut, menukar gaya rambut, gaya dandanan, menukar kerjaya, mengubah penampilan agar lebih menarik atau menukar nombor telefon. Anda memberi alasan bahawa ingin memulakan hidup baru namun sebenarnya anda mahu menunjukkan kepada bekas/ex kekasih anda mahu dirinya terlepas sesuatu yang berharga/istimewa.
6.Fasa Mengelak
Anda akan berusaha untuk mengelak untuk tidak bertemu dengan bekas/ex kekasih anda dengan apa cara sekalipun. Anda akan berasa berdebar apabila pergi ke kompleks membeli belah/kedai kegemaran anda yang anda selalu pergi bersamanya dahulu. Jantung anda berasa hendak pecah apabila ternampak kelibat seseorang yang seakan-akan bekas/ex kekasih anda.
Ya Allah,,,
Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..
Short BiodataName : Syarifah Syakinah Binti Syed Rosdi .
Famous as : SyaQienah.
Age : 22 Years Young On 2012.
D.O.B :Homestay : Kuantan, Pahang
School : .
Religion : ISLAM!
Country : Malaysian For Sure.
Hobby : Surfing Internet.