|
10 Ragam Gadis Si Pemandu Kereta
Wednesday, January 11, 2012 @ Wednesday, January 11, 2012 | 0 Comment [s]
Huh~~ kononnya pemandu wanita terlalu
lembap di jalan raya hinggalah dengan tak bestnya menimbulkan kemarahan pemandu
lain (lelaki yang gagah kononnya). Malah pemandu wanita dikatakan paling kerap
melakukan kesalahan jalan raya. Betul ke? Ish emo lak saya tulis benda ni. Cool
Chemp cool, easy girl easy..
Serius, ramai sangat pemandu yang tiba-tiba membrek secara
mengejut dalam keadaan memandu laju ketika ingin mengelak subjek seperti orang
sedang melintas jalan di hadapannya. Ceh saya baru je tau yang ini teknik yang
salah kerana dalam keadaan itu, brek akan terkunci dan menjadikan kereta terus
meluncur ke hadapan sekali gus melanggar subjek di hadapan sehingga menyebabkan
kemalangan. Nak tengok hasilnya pergilah ke Oh!Tidak.Com..... Omjayy so scary!
Tingkah laku pemandu Malaysia memang agak buruk berbanding
negara maju lain. Kat UK contohnya, pemandu diorang lebih berdisiplin. Saya kat
sana memang tak pernah lah rasa cuak bila nak melintas. Huh hebat tul berjalan
kaki disana. Mungkin juga disebabkan undang-undang yang ketat menjadikan
diorang lebih terdidik dan akhirnya meresap dalam jiwa tidak boleh memandu laju
untuk mengelak disaman atau emangnya diorang sedar ia boleh mengundang
kemalangan jalan raya. Laa...beriya pulak saya bagi nasihat. Ini sudah
terkeluar tajuk.
DARI dulu hingga kini tanggapannya masih sama - pemandu
lelaki lebih cekap daripada pemandu wanita. Persoalannya, sejauh mana kebenaran
‘mitos’
tersebut? Meh sini saya nak share Ragam Gadis Si Pemandu Kereta menurut
pandangan Jejaka~~
1. Kononnya, pantang berhenti kat
traffic light, mesti nak pandang-pandang, jeling-jeling kat cermin. So? hehe
mestilah orang lain marah sebab traffic light dah hijau korang dok melaram lagi
touch up sana sini.
2. Pemandu Gadis yang baru dapat
lesen misalnya, eleh boleh kenal lah. Tengok laju semacam je baru dapat lesen
la tu. Baru nak up la katakan. Lepas gian tanpa memikirkan keselamatan diri.
Eh, lelaki pun sama jugak lah hookay. Memandai je kutuk perempuan. Cis!
3. Bila kereta buat hal, memang tak
tau lah nak buat apa kan. Nak ganti tayar? hmm terpaksalah tepon boipren. Mane
yang tak ada boipren lagi terpaksalah tepon bapak sebab takut nak tepon pomen.
Dah lah tak tau nak buat apa, takut-takut plak tu. Bawak lelaju menonong je
pandai haha. Kecian bapak dia terpaksa ambik emergency leave.
4. Mencarut! eh tak tak perempuan jarang sangat mencarut tapi diorang suka mengutuk paling teruk pun maki hamun sorang-sorang dalam kereta. Biarlah, orang lain tak dengar so biarlah dia nak cakap apa pun sorang-sorang dalam kereta.
5. Tak bagi signal. Hey ini pun saya
hangin jugak kalau sesiapa tak bagi signal main masuk je simpang kau sesuka
hati. Laki pompuan sama je. Tapi kan perasan tak bila perempuan buat salah
mesti ada mulut tak berinsurans cakap macam ni "eleh dah agak dah, patut
lah perempuan..." & "...perempuan memang macamlah ni..."
6. Hias kereta bagai nak rak siap ber
Hello Kitty bagai. Kira penuh la kusyen pink kat belakang kereta. Rimas. Pastu
dok terjengul-jengul kepala sebab tak nampak bila nak parking. Mirror kat depan
tu memang berfungsi untuk touch up make up je lah.
Saya pun suka kereta ni! Nak purple satu!
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |