|
5 Perkara Yang Harus Dielakkan Ketika Ingin Memikat Seorang Wanita
Monday, March 19, 2012 @ Monday, March 19, 2012 | 0 Comment [s]
Pertama : Terlalu Banyak Bercakap
Apabila
anda berdua bersembang, anda jangan terlalu banyak bercakap sehingga anda tidak
memberi peluang kepada dia untuk bercakap. Sebaliknya, anda bercakap apabila
perlu dan ringkaskan jawapan yang panjang.
Kedua : Terlalu Bersikap Peribadi
Jangan tanya soalan yang terlalu peribadi kepada dia. Anda juga janganlah
menceritakan masa lalu anda kepada dia. Biarkan hubungan anda berkisarkan
luaran pada permulaan. Terlalu cepat mengetahui hal peribadi masing – masing
akan membuatkan anda berdua semakin tidak selesa kerana anda berdua tidak
begitu kenal hati budi masing – masing lagi.
Ketiga : Tidak Berbaik-baik Dengan Kawannya
Perempuan sentiasa menganggap kawan mereka sebagai penasihat peribadi. Jika
kawan dia tidak suka pada anda, peluang untuk anda memikat dia pasti
berkurangan.
Keempat : Terlalu Agresif
Jangan menjerit dan kawal tutur kata anda ketika bersama dengannya. Tunjukkan
diri anda adalah seorang yang tenang. Wanita tidak suka pada lelaki yang cepat
marahnya dan bersikap kelam kabut. Jadi seorang gentleman iaitu
sentiasa melindungi dia di mana sahaja dia berada.
Kelima : Terlalu Pasif
Jangan terlalu pasif ketika bersama dengan dia sehinggakan hanya dia yang
memulakan perbincangan. Anda perlu berani mengutarakan pertanyaan dan pendapat
kerana dengan keyakinanlah anda akan memikat dia.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |