|
5 kelebihan sekiranya single
Thursday, May 17, 2012 @ Thursday, May 17, 2012 | 0 Comment [s]
Sudah pasti
ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single.
Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single
dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia
terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai.
Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal
kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana
anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda
memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda
single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana
perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila
berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai
pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu-
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk
memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang
single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan
pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah-
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu
hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan
memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda
hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab-
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin
bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang
lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan
mahupun keselesaan kehidupan mereka.
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian
yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan
memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian
diri anda.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |