photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak

Friday, July 6, 2012 @ Friday, July 06, 2012 | 0 Comment [s]


Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,

Saya, Jamilah Bin Janggut salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pulau Emas, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat. Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari. Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama.


Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang? Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi. Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.


Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah. Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti. Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu. Selain itu, perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam. Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.


Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak. Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari. Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.


Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.


Yang benar,

Murid pencinta nasi lemak 50 sen
The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©