|
BUAH KURMA
Wednesday, August 1, 2012 @ Wednesday, August 01, 2012 | 0 Comment [s]
SEPANJANG Ramadan, buah kurma boleh dilihat di mana-mana saja apatah lagi sudah menjadi sunnah untuk kita memakannya terlebih dulu ketika berbuka puasa.
Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga dan kandungan zat gizi yang dimiliki penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah. Gula yang terkandung dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w. Malah Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari). Oh ya! Bagi anda yang mahu memastikan dan mengekalkan kesegaran buah kurma, ia harus sentiasa disimpan di dalam peti sejuk. Buah kurma bertangkai pula adalah kurma yang paling baik dari segi kualitinya malah selalunya ia mahal berbanding kurma biasa. Sementara itu, kurma kering turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan cara penyimpanannya juga lebih mudah.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |