|
Umi, saya nak kahwin
Thursday, September 6, 2012 @ Thursday, September 06, 2012 | 0 Comment [s]
Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah bersusah hati ya, ini
kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam,
sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi
S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia
bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang
ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi
tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan
melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?
Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah menghalang keinginan
saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan
dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang
bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah umi?
Umi, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran,
kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah,
si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana
kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh
Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah
Rasulullah SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang
engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu).
Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan
kerosakan”
Umi, saya nak kahwin. Walaupun si dia
yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia
tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang
miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Umi, saya nak kahwin. berkahwin itu
menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di
Umi, saya nak kahwin. Percayalah yang
calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat
pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah
bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya
pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti
mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih
soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.
Umi , saya nak kahwin. Semua ini
hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima
sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan
kedua orang tuanya. Namun, sekirannya umi bersetuju ingin mendapat anak
menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon
suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
Umi, saya nak kahwin. Apa pun jua
keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu
adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Umi, tapi apakan daya dia hanya mampu
menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan
difahami oleh umi dan abah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah
segala urusan anak umi dan abah ini, amin.
Umi, Boleh Tak Anakmu Ini Nak Kahwin?
P/S : sampai seru insyaallah ...
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |