|
5 tip jimat duit dengan kadar segera.
Tuesday, October 9, 2012 @ Tuesday, October 09, 2012 | 1 Comment [s]
Ramai yang
ingin belajar berjimat atau berjimat. Namun, keinginan mereka
itu seperti di sekat kerana tidak mampu menahan nafsu membeli atau tidak tidak
tahu bagaimana hendak bermula. Jika setiap hari anda membazir, ia pasti susah
untuk mengubah tabiat tersebut dengan segara. Artikel ini akan beri
anda lima tip untuk belajar jimat duit dengan kadar segera.
Tip
pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.
Prinsip
yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja
melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja
separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
Tip kedua
: Cari duit lebih atau guna kurang.
Jika anda
ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari
duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan
anda. Jika anda malas, anda cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari
pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda
perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
Tip ketiga
: Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.
Tetapkan
jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan. TIndakan ini akan menyelamatkan
anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah
langkah pertama untuk belajar berjimat.
Tip
keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.
Elakkan
dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang.
Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak
bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa
liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan
juga meminjam wang kecuali keadaan benar – benar memaksa. Jika mahu wang, anda
perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang
bukan milik anda.
Tip kelima
: Tulis diari kewangan.
Setiap
hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda dalam satu diari. Rekodkan apa
yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang
anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat
kenal pasti kea rah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk
menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu
sahaja.
P/S : nk jimat kene ikut la tips ni holiauuuu....yezzza :)
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |