|
KISAH POKOK EPAL
Tuesday, October 9, 2012 @ Tuesday, October 09, 2012 | 0 Comment [s]
begitu
menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
tersebut.
Masa
berlalu...
budak
lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu
hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi
kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak
remaja itu.
"Aku mahukan
permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu
dengan nada yang sedih.
Lalu
pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku.
Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang
kau inginkan."
Budak
remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari
situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa
berlalu...
Suatu
hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa
untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau
menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku
tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh
memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. "
Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu,
budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa
sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu
hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.
Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku,
tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku
sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak
mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak
mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang
pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,"
cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas
itu.
Namun
begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang
menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar
pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku
tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku
untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir
mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu
epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu
kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana
aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu,
berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu
pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA
INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN
DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM
CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA
BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN
MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA
PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP
MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM
HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK
MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN
HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP
TAHUN. SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN
KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.
Credit
to :i luv islam J
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |