|
SURAH PALING PENDEK
Monday, October 29, 2012 @ Monday, October 29, 2012 | 0 Comment [s]
Surah ini paling pendek, hanya
mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah
penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih
atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam
surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan
berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti
berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini
sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena
sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita
akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita
akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan
terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
insyaAllah .. jika kita selalu
amalkan , moga-moga Allah perkenan doa kita ..
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |