|
MESTI TERTANYA2
Thursday, January 17, 2013 @ Thursday, January 17, 2013 | 0 Comment [s]
Kenape Syasya Qienah tulis post ni berkenaan keturunan syed…
Betul beketurunan syed ini akan berkahwin dengan perempuan yang bernama
syarifah sahaja.
Tapi....
Ini jawapannya!!!
Memang x dinafikan BILA DE YG CKP ....
Ø Keturunan Syed dan Syarifah ini keturunan pewaris nabi.
Ø Ramai daripada keturunan ini dahulunya ulama besar yang menyebarkan Islam
malah mazhab Shafie juga dibawa oleh ulama-ulama ini ke Nusantara.
tapi !!!
tidak semestinya yang berketurunan syed ini hanya boleh kahwin dengan perempuan yang
namanya bermula dengan syarifah sahaja..
Ni contoh
kejadian yang ditemui ..=)
Soalan:
SAYA bercinta dengan seorang gadis yang mempunyai gelaran Syarifah dan
kami serius dalam perhubungan ini dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi apa yang menjadi halangan kepada niat kami ini ialah sikap orang tuanya
yang berkehendakkan menantu daripada golongan Syed yang dikatakan daripada
golongan ulama.
Alasan yang diberikan ialah keturunan Syed dan Syarifah adalah keturunan
Nabi manakala golongan ulama adalah pewaris nabi dan mereka ingin memastikan
yang keturunan itu terus kekal dalam keluarga mereka.
Fikiran saya
menjadi buntu apabila memikirkan perkara ini. Saya ingin memohon penjelasan
daripada ustaz:
Benarkah apa seperti yang di dakwakan oleh ibu bapa kekasih saya itu? Adakah Islam tidak menggalakkan perkahwinan seperti itu berlaku? Adakah Nabi sewaktu hayatnya juga menjodohkan saudara-maranya sendiri daripada kalangan mereka juga? Benarkah keturunan nabi memperoleh dua syafaat apabila hari akhirat kelak? Apakah yang harus saya lakukan supaya orang tua gadis itu dapat menerima saya sebagai menantunya? Jawapan: ADA tiga perkara yang boleh dirangkumkan daripada lima soalan yang saudara kemukakan. Pertamanya, memang diakui, keturunan Syed dan Syarifah ini keturunan pewaris nabi. Ramai daripada keturunan ini dahulunya ulama besar yang menyebarkan Islam malah mazhab Shafie juga dibawa oleh ulama-ulama ini ke Nusantara.
Mengikut sejarah, apabila berlaku pergeseran antara Saidina Ali dan
Muawiyah, ramai daripada keluarga Saidina Ali ini meninggalkan Makkah dan
membawa diri ke Hadramaut dan Yaman. Bagaimanapun mereka kembali ke Makkah pada
zaman Khalifah Harun Ar Rasyid.
Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka
terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat dua syafaat di akhirat kelak.
Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap
menerima seksaan Allah yang keras.
Yang kedua,
walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini
tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Jika disorot sejarah silam, Baginda
Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah
daripada bangsa Yahudi.
Justeru, salah
pendapat mengatakan keturunan ini hanya boleh berkahwin sesama mereka saja.
Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Jika ada
keserasian, tidak kiralah apa bangsa dan keturunan kahwinlah kerana keserasian
ini membawa kebahagiaan.
Jika bapa kekasih
saudara mahu kahwinkan anaknya dengan Syed juga, perlulah dia menunggu
kedatangan Syed yang sudi mengahwini anaknya, jika tidak jadilah andartu. Si
ayah juga haruslah memahami kehendak anaknya, apa yang penting adalah
kebahagiaan anaknya bukan menunggu lelaki dari keturunan Syed juga sedangkan
anaknya tidak suka.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |