|
PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL (TERTIB)
Saturday, January 5, 2013 @ Saturday, January 05, 2013 | 0 Comment [s]
Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu
hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat
dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan
dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang
terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan
besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat
hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang
afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”
SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA
SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2
rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih
mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian
mohonlah segala hajat pada Allah SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2
rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10
kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Ikhlas
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat
keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi
wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu
akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa
qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat,
mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon
keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah
pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh
sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan
ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.
Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca
doa berikut:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci
(Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan
dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan
Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia
akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri,
rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat
ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat
hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6
rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786
kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap
rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak
15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.
Apabila selesai baca doa ini:
Ertinya:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah
sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan
aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku
meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut
dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan
keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah
qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”
Aku adalah insan yang hina.. =_=
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |