|
Benci aku!
Monday, June 17, 2013 @ Monday, June 17, 2013 | 0 Comment [s]
Kalau
ditanyakan pada diri ku, apa perkara yang paling kau benci nia? Aku akan jawab
aku benci kepada orang yg sering menimbulkan rasa benci!
Mcm mana tu??? Nyampah aku dgn perangai manusia yang suka menimbulkan kebencian dalam jiwa orang. Yang suka cari jalan utk rosakkan ketenangan orang lain. Manusia jenis apa nih? Agaknya dia akan seronok bila tgk orang lain terkesan akibat rasa benci yang ditimbulkan tu. Agaknya dia akan gembira sgt kalau dpt tgk orang lain bercakaran kerana provokasinya. Ahhhhh...!
Cakap tak kena, tak cakap pun tak kena.
Bukan nak merungut, tapi tak puas hati je... Kadang2 bila kita rasa perlu telus, kita sering dipandang tak betul. Kita dianggap salah! Kerap kita membuat tafsiran ikut suka kita . Tafsiran yang kadang2 byk menyimpang drp apa yg sebenarnya. Ntah lah. Semak jek otak.
Di awal pagi ini aku kembali bermuhasabah diri.
Menilai kelemahan2 yang ada pada diri. Mencari sesuatu yang mungkin telah lama
hilang. Mencari sesuatu yang semakin menyingkir dari jiwa. Memang, ada ketika
aku merasakan aku telah punya segalanya. Namun kadang aku seolah-olah terlupa
bahawa apa yg kupunyai adalah utk sementara dan pinjaman semata-mata. Semuanya
adalah milikNya. Anugerah yang paling berharga yang diberikan oleh Tuhan adalah
nyawa. Bersyukur kerana sampai ke saat ini Allah masih sudi meminjamkan roh
kepada jasad ini. Kadangkala Allah memberi peluang kepada kita untuk merasai
saat-saat kesakitan seolah2 roh ditarik dari jasad. Mungkin itulah rahmatnya.
Bila kita merasakan saat2 kesakitan itu, kita akan dpt terus mensyukuri waktu2
sihat kita. Maka, dengan segala keinsafan, aku redha di atas segala
ketentuanNya. Menerima kesulitan ini dan menerima kesakitan ini sebagai takdir Allah
utk menguji diri.
Aku ingin menjadi lebih baik dari semalam. Aku ingin menjadi seorang yang lebih bersyukur di atas rahmat yang dianugerahi. Aku ingin menjadi seorang yang lebih bersabar di atas musibah yang diberi.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |