|
“ susah ke jadi wanita ”
Wednesday, June 19, 2013 @ Wednesday, June 19, 2013 | 0 Comment [s]
Kaum feminin cakap
“susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa
nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan
mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak
kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja
perempuan A:
“Aduh, situ tutup,
sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun
takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita
para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita
nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja
perempuan B:
“Jika kita ikut
faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan
lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah
jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita
rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung
sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita
perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je,
suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya?
Kenapa?”
Keluhan remaja
perempuan C:
“Wanita takleh nak
beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat
dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian
datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak
samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya
dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni
lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang
lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil.
Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat
Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya
untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman
menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam
lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata,
adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah
agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi
dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat
kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak
pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman
menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu
taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya
tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri
tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman
menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita
menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu
memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke,
dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau
isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab
awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu
didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya
syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti,
saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat
jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya
dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan
dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau
abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat
macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita
boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada
pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan
Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu
saja asasnya!”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri D :
“Saya, seorang
lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan
suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman
bertanya:
“Sebenarnya, apa
lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun,
wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah,
sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka
yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog
wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak
akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada
cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan
kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala
hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan
dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki,
jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana
Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu
(lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai
para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |