|
Keturunan Syed yang mulia?
Tuesday, August 13, 2013 @ Tuesday, August 13, 2013 | 1 Comment [s]
Sering dengar kononnya orang berketurunan Syed tidak boleh berkahwin
dengan orang lain yang tidak mempunyai susur galur Syed. Keturunan Syed
dikatakan adalah keturunan dari Nabi Muhammad s.a.w. dan perlu menjaga kesucian
keturunan. Kadang-kala, terlihat juga kerenah golongan yang terlalu
membanggakan darah keturunan seperti Tengku, Nik, Wan dan sebagainya.. Huh~ apa
sangatlah yang ada pada pangkal nama keturunan tu? Apakah dengan nama tu korang
boleh dapat duit juta-juta? comfirm masuk syurga? Sesungguhnya takde beza pon
antara manusia.
Aku sendiri memiliki susur galur dari Syed. malah campuran lagi dengan
Che, Wan, Tengku. Walaupon dah banyak mixed, tapi orang kata aku masih memiliki
ciri-ciri keturunan Syed. Moyang aku pure Syed yang datang merantau kat sini..
Tapi takde beza pon aku tengok sesama manusia ni.. kentut sama busuk jugak,
darah sama merah, lubang hidung pon 2 je.. so, mana lebihnya sesuatu keturunan
tu? Di akhirat kelak, Tuhan hanya tengok kepada amalan setiap orang je.
Takdenya Tuhan nak bagi diskaun ke apa kat keturunan nabi.. Sedangkan anak Nabi
Nuh sendiri pon mati sebagai seorang kafir dan comfirm masuk neraka apatah lagi
kita yang dah berpuluh generasi ni..
Apa yang baik, kita ikutkan, apa yang buruk kita tinggalkan. Sekiranya
seorang tu mengaku memang sah waris Nabi tapi dok tunjuk perangai tak elok,
perbuatan tak betol, kita tak payah nak ikut.. sebaliknya kalaulah seorang tu
kata dia waris dari Abu Jahal ke, waris Fir'aun ke, tapi dok mengajak manusia
berbuat kebaikan dan taat kepada Tuhan, wajib kita ikut..bukan aku nak menghina
atau dengki kat mereka yang berketurunan.. sebab aku sendiri pon keturunan dari
banyak susur galur, takkan aku nak hina keturunan aku sendiri.. kadang-kadang
aku meluat tengok orang yang bangga dengan darah keturunan.. mengaku kerabat
raja, keturunan nabi, tapi perangai macam harammm..
Dalam kubur pon malaikat tak tanya korang dari keturunan mana.. takdenya
malaikat tak nak pukul sebab korang keturunan nabi walaupon korang banyak
dosa... dosa tetap dosa. pahala tetap pahala..hanya amalan sendiri yang akan
membantu kita selepas mati nanti.. Malaikat takkan kata, "eh, Syed
rupanya..takpe..takpe.. tak jadi nak seksa..".. Mana mungkin... malaikat
tak makan rasuah la.. Paling bangang, aku pernah dengar keturunan Syed kalu
buat baik, dapat pahala double, kalu buat jahat pon dosa dapat double.. Kitab
mana yang ajar korang macam tu?Sekali lagi aku nak pesan, Manusia tu sama je..
dan semuanya berasal dari keturunan yang sama.. anak cucu Adam..habis cerita...
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |