|
PENEKANAN JODOH YANG DIKETAHUI
Wednesday, August 28, 2013 @ Wednesday, August 28, 2013 | 0 Comment [s]
Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda
jodoh adalah
keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling
bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita
akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda
jodoh kita kuat
bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk
membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh
merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh
kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama
jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata
bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan.
Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan
atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta
dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam
hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar?
Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk
bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya
kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari
hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta
itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh.
Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya
dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak
korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni :-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan
dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang
lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang
berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang
berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling
tidak pun mempunyai
minat yang sama secara
kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh
dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan
seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang
berlaku.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah :-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan
dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari
korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan
korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak
sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia
berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan
kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa
dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang
yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau,
pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga
sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul
betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal
jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati
tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu
untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang
itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi
milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh
mengubah kuasa Allah.
Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi. Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan
merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi
susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini
kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada
yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah
tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula
timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main
peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus
asa.
Ok, jika korang berdua berjaya
mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang.
Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang
menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran
seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula
rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba,
dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua
kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang
menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik
semula. Itu adalah salah satu tanda
jodoh korang kuat bersama si
dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan.
Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap
kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah,
macam mana nak kekalkan jodoh?
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia
pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang
baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika
si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah
secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap
bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari
berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah.
Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang
memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita
ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup
bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu
korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir
menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan
ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang
rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang
nanti InsyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada
cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal
dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah
mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap
duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang
lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu
memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak
cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa
sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari
orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan
seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang
yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha
keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah
putus asa.
. . Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh
untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah
dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada
sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya
tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha.
Persoalanjodoh itu sangat sulit, tetapi
manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha
Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus
menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |