|
Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)
Thursday, November 21, 2013 @ Thursday, November 21, 2013 | 0 Comment [s]
AHMAD AMMAR IALAH...
Ahmad Ammar Ahmad
Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad
Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air
mata
BIODATA AHMAD AMMAR
Ahmad Ammar Ahmad
Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah
di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Beliau merupakan anak keempat dan
satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang
SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang
Sejarah di Turki.
KESITIMEWAAN AHMAD AMMAR
Biasanya orang
mengalun suara mengaji al-qur an sekadar menjadi halwa telinga, namun tidak
anak muda ini... beliau akan mengaji dalam jangka waktu yang panjang sebelum
keluar rumah. Sept lalu, beliau telah menyertai misi kemanusian ke Syria, letupan
kiri dan kanan tidak di hiraukan. Ammar begitu cekal untuk menyertai misi itu
hinggalah dia selamat pulang ke Turki. Sejak beliau pulang dari misi itulah, rakan2nya
mengelarnya 'syahid yang tertangguh'. Istimewanya anak muda
ini,dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita,apabila beliau telah di
semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn. Tanah perkuburan ini
menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi,auliya', panglima uthmaniyyah dan
orang2 kenamaan di sana. Ini bermakna,beliau
adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.
Datuk Bandar telah
memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia
pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai
orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir
ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya
mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut
Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu
yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid. Cuma
untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang.
Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di
dunia lagi.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Pada umur yang
masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu,
menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira
bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk
menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah
berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu,
Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin,
taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad
Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam
dakwah memperjuangkan agama Islam.
Beliau seorang anak
muda yang aktif,dan bercita2 untuk mati syahid. Dari
pengamatan kita,beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal,macam anak2
muda yang lain juga,cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin
menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan. Beberapa
kali menyertai misi kemanusian
Beliau bercita2 tinggi dan sering cuba menjadi anak muda yang cemerlang!
P/s: Ya
Allah...tersentuh hati mendengar kisah beliau...semoga beliau ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman..amin...
Al Fatihah
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |