photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
THE LUCKYDRAW GIFT ANNUAL DINNER 2013

Tuesday, December 3, 2013 @ Tuesday, December 03, 2013 | 0 Comment [s]


Saje nak bagitau i dapat luckydraw Samsung Chromebook.. Tak pernah tahu plok produk ni..dah lame tukar bidang kan produk2 baru IT kureng la tahu ckit..hahaha mesti korang cakap ALASAN SEMATA-MATA!! Ade aku kisah hahaha!

Ni die fungsi benda lah itu.. 


YES, perkhidmatan Internet mudah alih dengan suara terpantas, hari ini melancarkan chromebook 4G Samsung pertama di dunia yang dimajukan bersama oleh Google dan Samsung, di Malaysia.

Chromebook itu direka bentuk untuk disesuaikan dengan ID Yes, dengan menyediakan daya hubung Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20Mbss melalui rangkaian 4G Yes.

Ia ditawarkan dengan chipset 4G terbina dalam yang mengupayakan Internet yang lancar dan berterusan.

Yes ialah rangkaian 4G YTL Communications Sdn Bhd.

Pengarah Urusan YTL Group, Tan Sri Francis Yeoh, berkata chromebook 4G Samsung adalah peranti sempurna  untuk digunakan melalui rangkaiannya, yang membawa kuasa pengkomputeran kepada semua dan menyambut ketibaan era baharu pengkomputeran awan.

Chromebook 4G Samsung adalah satu daripada komputer riba paling ringan dalam pasaran -- ia hanya setebal 17.5mm, seberat 1.1 kilogram, dengan hayat bateri selama  tujuh jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee, berkata Yes bertujuan memacu perubahan positif pada peringkat antarabangsa dengan memberikan satu daripada rangkaian 4G tercanggih di dunia kepada Malaysia.

"Hasil daripada rangkaian kami yang luas, ramai penduduk Malaysia telah pun mendapat akses kepada Internet berkelajuan tinggi melalui portfolio peranti dan perkhidmatan inovatif kami," katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran itu.

Lee berkata selepas perjanjian sah dengan Kementerian Pelajar Malaysia, chromebook 4G Samsung akan diedarkan kepada sekolah-sekolah di bawah program 1BestariNet.

"Kami akan memberikan harga istimewa kepada program 1BestariNet berbanding harga pengguna," katanya.

Chromebook 4G Samsung dijual pada harga runcit RM988 dengan pelan pascabayar 24 bulan pada harga RM88 yang ditawarkan bersama kuota data bulanan 3.5GB, manakala peranti itu sendiri dijual pada harga runcit RM1,299.

Chromebook itu kini boleh didapati di kedai-kedai Yes di seluruh negara dan kedai dalam taliannya di 
http://shop.yes.my, manakala peranti itu juga boleh didapati oleh pemegang ID Yes melalui frogstore di http://frogstore.my dan jelajah bestari seluruh negara dengan harga RM988 dengan pelan 24 bulan pada RM69 yang ditawarkan bersama kuota data bulanan 3.5GB.



MOGA TAHUN2 HADAPAN MURAH REZKI LAGI,,

amin^^,

Syukran2 Ya Allah :)
The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©