|
CARA MENGURANGKAN STRESS KEHIDUPAN
Friday, February 7, 2014 @ Friday, February 07, 2014 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum :D
Mari kita
berbahasakan saya ye harini... J Tempat saya bekerja sekarang, dipenuhi dengan
ramai rakan-rakan yang bersikap negative dan selalu menyalahakan antara satu
sama lain. Sejak kebelakangan ini banyak tekanan-tekanan hebat yang terpaksa
saya hadapi sehingga mengoyangkan emosi. Maka bermulalah mula senario marah
memarahi. Semua ini menerbitkan ilham di hati untuk menulis tentang bagaimana
untuk mengawal emosi di dalam tekanan.
Binalah tenaga anda sebelum menghadapi
hari yang baru.
Kita memerlukan jiwa yang kuat untuk menghadapi
tekanan. Tanpa kekuatan jiwa , kita dengan mudah akan tewas apabila
"dihenyak" oleh tekanan. Oleh itu adalah sangat penting untuk membina
kekuatan diri sebelum menghadapi hari yang baru.
Setiap pagi, janganlah tergesa-gesa untuk memulakan
kerja anda. Ciptalah satu rutin setiap pagi untuk diri anda. Tidak kira apapun
pilihan anda, rutin pagi akan memberikan masa untuk anda menenangkan diri
sebelum berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Bukan itu sahaja,
zikrullah sememangnya mempunyai keberkatan yang hebat untuk menarik pertolongan
dari Allah.
Bersedekahlah di dalam perjalanan ke
tempat kerja.
Untuk mengawal emosi, tidak ada satu senjata
yang lebih ampuh dari kelapangan dada. Saya tidak tahu tentang orang lain,
tetapi dari pengalaman saya, bersedekah adalah satu aktiviti yang paling kuat
kesannya untuk melapangkan dada.
"Rasulullah menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan
itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan
terus-menerus memberi dan menginfakkan hartanya, sehingga jubah dan baju
besinya menjadi terasa longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu,
orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu
menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit,
yang pada akhirnya akan menyempitkan jiwanya."
Bersedekah
di dalam perjalan ke tempat kerja, tidaklah memerlukan wang ringgit sebenarnya.
Cukup dengan memberi laluan kepada kenderaan lain sepanjang perjalanan anda.
Dan sekiranya anda berhenti di stesen minyak, atau kedai-kedai lain untuk
membeli keperluan di dalam perjalan ke tempat kerja, senyumlah kepada
pekerja-pekerja kedai yang anda temui, dan ucapkanlah terima kasih. Anda akan
mendapati yang anda adalah lebih ceria apabila tiba di tempat kerja.
Berhentilah sebelum anda "meletup."
Walau bagaimana besarpun tekanan yang melanda, jarang sungguh kita tiba-tiba
terus "meletup." Sebenarnya, keresahan dirasai sedikit demi sedikit,
dan apabila ia telah terlalu kuat kita pun hilang kawalan di dalam mengawal
emosi kita. Oleh itu kita perlu berhenti sebelum tekanan yang dirasai terlalu
hebat.
Di dalam hidup sehari-hari kita, sebenarnya Allah telah mengurniakan sebuah
"safety valve" untuk kita. Itulah dia solat 5 waktu. Yang penting,
solat hendaklah dilakukan dengan penuh kenikmatan walaupun pendek. Mungkin baik
untuk membaca topik "panduan solat khusyuk dan
istiqamah." Dan satu perkara lagi, sebolehnya lakukanlah solat 5 waktu seawal
waktu yang boleh. Allah tidak menetapkan waktu setiap solat, melainkan di
dalamnya terdapat hikmah yang sangat halus. Jika kita menangguhkan solat ke
hujung waktu, kita mungkin sudahpun "termeletup" sebelum sempat melakukannya. Jika anda merasa tertekan sebelum waktu solat yang berikutnya berhentilah
sebentar. Jangan paksa diri anda untuk berfikir di dalam keadaan emosi yang
tidak stabil. Pasanglah MP3 player anda, dan dengarkanlah alunan ayat-ayat
Quran. Atau lihatlah pemandangan indah-indah. Yang penting, berhentilah dan
baiki keadaan emosi anda sebelum mula bekerja semula. Ia berkesan bagi saya J
Segeralah bangkit keluar dari kesedihan.
Walaupun begitu, sesekali kita tentu akan tewas juga dengan tekanan. Yang
penting pada ketika itu adalah untuk segera keluar dari kesedihan dan
keresahan. Ini adalah supaya kita tidak pula menjadi virus yang akan
menyebarkan penyakit sedih kepada orang lain. Cukuplah kesedihan sampai ke diri
kita. Janganlah biarkan ia merebak kepada orang lain pula.
Bagaimana untuk berfikir dengan rasional di dalam tekanan.
Apabila berada di dalam keadaan tekanan, biasanya keputusan yang dibuat banyak
dipengaruhi oleh emosi daripada fikiran yang rasional. Bagi diri saya, adalah
sangat mustahil untuk membuat keputusan dengan berfikir sahaja tanpa sekeping
kertas dan pensil. Apabila anda perlu membuat keputusan di dalam keadaan yang sibuk, atau penuh
dengan tekanan, ambillah sekeping kertas dan sebatang pensil.
Yang penting di sini adalah untuk menganalisa setiap kemungkinan dengan cara
menuliskannya seperti di atas. Elakkan dari cuma membayangkan
alternatif-alternatif yang ada di dalam fikiran. Ini adalah kerana tanpa
menulis, adalah sukar untuk kita melihat semua alternatif yang ada. Tanpa dapat
melihat keseluruhan situasi dengan sempurna, kita mudah merasa panik dan besar
kemungkinan keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh emosi.
Akhir sekali, anda juga tentu mempunyai pelbagai teknik yang telah anda gunakan
untuk mengawal emosi di dalam tekanan. J saya sendiri perlu beursaha lagi utnuk melawan tekanan dalam hidup di
duniawi J
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |