|
10 TANDA KENA KAHWIN!
Tuesday, May 6, 2014 @ Tuesday, May 06, 2014 | 0 Comment [s]
AWAS! Entry ni sesuai untuk orang yang belum
kahwin tapi macam gatai nak kahwin dah.. hehe yg pasti bukan kite tapi kawan2
kite mengikut kajian yg telah dibuat.. Kajian org kena kahwin la.. Jadi mari tengok
10 tanda wajib KAHWIN.
Hati merasa sunyi walaupun
dikeliling ramai orang
"Dan kahwinkanlah orang
yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah
Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Apabila seseorang
merasa sunyi walaupun ramai orang disekelilingnya, itu seseorang untuk mengisi kesunyian tersebut.
Bagi mengelakkan berlaku perkara tak elok, dia wajib berkahwin. Sabda
Rasulullah S.A.W. ;
" Sesungguhnya
syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." Hadith sahih
riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at Tarmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila manusia
berseorangan, dia lebih mudah terdedah dengan godaan dan tipu daya syaitan.
Oleh itu, berkahwin dapat menyelamatkan kehidupannya.
Kehidupan tidak terurus
Kehidupan terurus
amat penting kerana kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan
menunaikan kewajipan serta perintah Allah mengikut lunas² Islam. Kehidupan
tidak terurus seperti tidak kemas, rumah yang bersepah dan macam² lagi. Oleh
itu, orang seperti ini wajib berkahwin supaya mereka lebih bertanggungjawab
serta berkeyakinan untuk menjalini kehidupan yang lebih bersistematik.
Jiwa menjurus kepada berlawanan
jantina
Korang pernah
merasa berdebar² semasa lalu atau berada berhampiran dengan orang berlainan
jantina? Kalau ya, jangan sesekali duduk berdekatan. Cukup la sekadar melihat
dari jauh. Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Maka sesiapa
yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat pentunjuk.
Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." -
Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.
Kalau hati
berdebar² semasa memandang orang berlainan jantina, maka golongan ini tergolong
dalam golongan yang diwajibkan kahwin.
Hilang fokus apabila ada orang
berlainan jantina
Hilang fokus
apabila ada orang berlainan jantina biasa berlaku kepada orang bujang. Ini
menyebabkan gangguan kepada tugas harian seperti hilang tumpuan, prestasi kerja
merosot dan lain² lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jalan
paling selamat dan ubat paling mujarab ialah berkahwin.
Cemburu melihat kebahagiaan orang
lain
Perasaan cemburu
terbahagi kepada 2 iaitu ke arah kebaikan dan ke arah keburukan (hasad).
Perasaan hasad boleh memhapuskan kebaikan yang ada pada diri. Sabda Rasululah
S.A.W. ;
"Jauhkanlah
(oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api
membakar kayu." Hadith riwayat Abu Daud
Jika korang ada
rasa cemburu atau dengki melihat kebahagian orang lain terutama kebahagian
kawan², korang wajib segerakan perkahwinan.
Wujud perasaan sayang terhadap
kanak-kanak
Ini berlaku kepada
mereka yang sudah sampai seru untuk berkahwin. Perasaan keibuaan atau kebapaan
sudah mula wujud dalam diri dan ini menunjukan seseorang itu sudah sampai waktu
untuk memiliki keluarga sendiri.
Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta adalah
fitrah manusia yang dapat dielakkan. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan
begitu juga sebaliknya. Oleh itu, perkahwinan adalah sebaik-baik hubungan
antara lelaki dan perempuan.
Desakan hawa nafsu
Ini biasa berlaku
kapada golongan yang baru mencapai usia remaja. Golongan dewasa yang mencapai
usia pertengahan juga mempunyai desakan ini. Mereka perlu berhati² mengawal
desakan hawa nafsu ni dan cara yang paling selamat untuk mengawal desakan ini
ialah berkahwin.
Beronani
Kebanyakan orang
tau maksud beronani. Kalau tak tau, sila cari maksud dengan pakcik Google.
Beronani adalah satu dosa di sisi Islam. Firman Allah S.W.T. ;
"Dan mereka
yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri dan
hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang
mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampau
batas." - Surah al-Mukminun; 5-7
Jadi untuk
mengelakkan perkara tersebut terjadi, kahwin adalah satu jalan yang betul.
Dorongan untuk melakukan hubungan
intim
Seseorang itu wajib
kawin jika wujud dorongan untuk melakukan hubungan intim.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |