|
Kehebatan Fatimah Az-Zahra
Monday, October 20, 2014 @ Monday, October 20, 2014 | 0 Comment [s]
Tahukah
anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri
bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim
bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.
Beliau
merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada
penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran
puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy
membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada
Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,
“Wahai Khadijah sesungguhnya dia
(Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi
keturunuan darinya.”
Kegembiraan
Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda
Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik
r.a berkata,
“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah
seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya
putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”
Menurut
Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :
“Fatimah az-Zahra adalah anak
Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan
Rasulullah S.A.W.
Manakala
daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya tidak pernah melihat seorang
pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya
dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Saidatina
Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah,
Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang
mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan
dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,
“Saya bertanya kepada Rasulullah
tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab.
“Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni
langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”
Walaupun
Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan
seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak
mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.
Bersederhana
Umum
mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana
beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh
ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina
Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat
dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep
keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak
menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.
Taat Agama & Suami
Beliau
juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah
sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk
gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami,
serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.
Pemurah
Fatimah
juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad
yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa
kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan.
Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan ,
beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik
Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.
Sanggup Berkorban
Selain itu
juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam.
Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa
oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah
dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding
dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.
Ibu Mithali
Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang
anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah.
Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak
mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan
sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula
mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).
Sumbangan Kepada Perjuangan
Islam
Kalau kita
lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya
menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah
S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.
Selain
itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam
yang menggali parit dalam peperangan Khandak.
Beliau
menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya
Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan
peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita
Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
Begitu
hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam
membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.
Saidatina
Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika
beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih,
Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya
Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan
anak saudaranya Zainab r.a.
Berkata
Saidatina Fatimah,
“Sesungguhnya dia akan menjadi
seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada
padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).
Kedua,
membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah
kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan
ia ditutupi dengan kain.
Ketiga,
meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.
Kehebatan
Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat
keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang
anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita
menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |