Wednesday, November 19, 2014 @ Wednesday, November 19, 2014 | 0 Comment [s]
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, katanya;
”
Aku sedang dalam keadaan duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah SAW datang
dan masuk ke rumah sambil memberi salam kepadaku. Aku segera berdiri kerana
menghormatinya dan memuliakannya, sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda
masuk ke dalam rumah. Nabi SAW bersabda: ” Duduklah di tempat dudukmu, wahai
Ummul Mukminin.”
Aisyah
berkata; ”Rasulullah duduk sambil meletakkan kepalanya dipangkuanku, lalu
baginda tidur berbaring. Maka aku bilangkan uban pada janggutnya dan aku dapati
ada 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata;
” Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia sebelumku sehingga tetaplah suatu
umat yang ditinggalkan Nabinya. Aku menangis hingga mengalirlah cucuran air
mata pada pipiku. Air mataku itu menitis pada muka baginda. Kemudian baginda
terbangun dari tidurnya.”
Rasulullah
bertanya; ” Gerangan apakah yang engkau tangisi wahai Ummul Mukminin?” Maka aku
ceritakan kisah tadi kepadanya. Rasulullah berkata; ” Keadaan manakah yang
lebih hebat bagi mayat?” Aisyah menjawab; ”Tunjukkanlah wahai Rasulullah!”
Rasulullah mengatakan; ”Bahkan, engkaulah yang mengatakan.” Aisyah berkata; ”
Tidak ada keadaan yang lebih hebat bagi mayat daripada waktu keluarnya mayat
dari rumahnya di mana anak-anaknya semuanya bersedih hati di belakangnya,
mereka semua berkata; ”Aduh ayah, aduh ibu!” Ayahnya mengatakan; ” Aduh anak!”
Rasulullah
berkata; ”Itu juga termasuk hebat, maka manakah yang lebih hebat daripada itu?”
Kemudian Aisyah r.a menjawab; ” Tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat
ketika ia diletakkan di liang lahad dan ditimbuni dengan dengan tanah di
atasnya. Kaum kerabatnya semuanya kembali, begitu juga anak-anak dan para
kekasihnya. Mereka semua menyerahkannya kepada ALLAH bersama segala amal
perbuatannya. Lalu setelah itu datanglah malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam
kuburnya.”
Rasulullah
SAW bertanya lagi; ”Adakah yang lebih hebat lagi dari itu?” Aisyah berkata:
”ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda;
”Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang
yang memandikannya masuk ke rumah untuk memandikannya.”
Ketika
mana mayat diletakkan di tempat pemandiannya, ketika itu dikeluarkan cincin dan
perhiasan yang ada pada jari jemarinya, dilepaskan pakaian yang membaluti tubuh
badannya. Bagi para alim ulama dilepaskan serban dari kepalanya. Pada waktu itu
rohnya berkata-kata tatkala ia melihat mayatnya dalam keadaan telanjang dengan
suara yang didengar oleh sekalian makhluk kecuali jin dan manusia.
Roh
itu berkata: ” Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana ALLAH,
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab di saat ini aku
beristirehat dari seretan malaikul maut.”
Ketika
disiramkan air ke atas tubuhnya, roh itu berteriak lagi; ”Wahai orang yang
memandikan roh ALLAH, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Janganlah engkau menuangkan airmu dengan panas dan jangan pula dingin. Sebab
tubuhku terbakar dari keluarnya roh.”
Ketika
dimandikan oleh pemandi mayat, maka roh itu berteriak sekali lagi; ” Demi
ALLAH, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka kerana keluarnya roh.”
Jika
telah selesai dimandikan dan mayat itu diletakkan pada kafannya di mana kedua
tangannya diikat, maka mayat memanggil-manggil; ” Wahai orang yang memandikan,
janganlah kuat-kuat dalam mengkafaniku, sehingga aku tidak dapat melihat
wajahku, anak-anakku dan kerabatku, sebab ini merupakan hari terakhir aku
melihat mereka. Pada hari ini aku akan berpisah dengan mereka, dan aku tidak
akan melihat mereka sehingga hari qiamat.”
Ketika
mayat dibawa keluar dari rumahnya, maka rohnya menyeru; ”Demi ALLAH, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah kamu menyakiti meraka.
Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan
kembali kepada mereka selama-lamanya.”
Ketika
mayat diletakkan ke dalam peti atau kerandanya, ia memanggil lagi; ” Demi
ALLAH, wahai jemaahku, janganlah kalian mempercepatkan aku sehingga aku
mendengar suara ahli keluargaku, anak-anakku dan para kerabatku. Sesungguhnya
aku pada hari ini akan berpisah dengan mereka sehingga hari qiamat.”
Kemudian
ketika para pengiring jenazah, melangkah dengan tiga kali langkah, ia memanggil
lagi dengan suara yang dapat didengari seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.
Kata
roh; ”Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai para anak-anakku,
janganlah kalian diperdayakan oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku.
Janganlah kalian bermain-main di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku.
Hendaklah kalian mengambil ibarat daripadaku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku kumpulkan untuk para ahli warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung kesalahanku. Adapun di dunia ini ALLAH akan menghisab aku, sementara
kamu sekalian merasa senang dengan keduniaan dan tidak mahu mendoakan aku.”
Ketika
jenazah itu telah disembahyangkan oleh ahli keluarga dan mereka yang hadir itu,
roh itu berkata; ”Demi ALLAH, wahai saudaraku, sesungguhnya aku lebih
mengetahui bahawasanya mayat itu lupa ketika hidupnya. Akan tetapi kalian
jangan melupakan aku dengan begitu cepat sekali sebelum kalian mengebumikan
aku, sehingga kalian menyaksikan tempatku. Wahai saudara-saudaraku,
sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawasanya wajah mayat itu lebih
dingin daripada air yang dingin. Janganlah kalian pulang dalam masa terdekat
ini.”
Ketika
pengiring-pengiring jenazah meletakkan mayat di sisi kuburnya, maka berkatalah
ia; ”Demi ALLAH, wahai jemaahku, wahai saudara-saudaraku. Aku mendoakan kalian
tetapi kalian tidak mendoakan aku.
Ketika
diletakkan mayat di dalam liang kuburnya, mayat itu berkata;
”Demi
ALLAH, wahai para warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yang banyak yang ku
tinggalkan untuk kalian? Hendaknya kalian mengingatiku dengan memperbanyakkan
kebaikan. Aku telah mengajar kalian Al-Quran dan adab kesopanan, janganlah
kalian melupakan aku dalam doa kalian.”
Ya Allah,,,
Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..
Short BiodataName : Syarifah Syakinah Binti Syed Rosdi .
Famous as : SyaQienah.
Age : 22 Years Young On 2012.
D.O.B :Homestay : Kuantan, Pahang
School : .
Religion : ISLAM!
Country : Malaysian For Sure.
Hobby : Surfing Internet.
KISAH RASULULLAH MENGENAI JENAZAH