photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
PRA-PERKAHWINAN PUNYE KURSUS :)

Monday, November 24, 2014 @ Monday, November 24, 2014 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum..

Kursus kahwin selama 2 hari sangat cukup hokey…
 Saje buat awal2 nanti kalau harge naik idok la menyesal tak buat awal..

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, aku n geng berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Pahang yang dijalankan di Masjid Sultan Ahmad Shah. 

Hihi kengkawan ramai dah ambik kursus kahwin ni aku je kut ketinggalan.. tapii tak mengape la nasib ade geng jugok.. :p

Tujuan kursus pra perkahwinan sebab mmg kite patut join la.. kate nak kahwin? hahaha.. ok setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua hari.. Ia wajib dan penting sebab kita akan belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri apabila sudah berumahtangga nanti.. Kita juga akan belajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah. Bukannya senang nak kahwin ni. Macam-macam tanggungjawab dan perkara yang perlu kita pikul. Dan macam-macam prosedur yang perlu kita ikuti sebelum boleh menjadi seorang suami isteri yang sah. Itu sebabnya jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal pengantin. Bagi aku, memang patut pun kursus ni diwajibkan.. Jadi dapatlah bakal-bakal suami isteri ini bersedia dan tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin.

Mungkin ada dikalangan kite rase bosan kursus ni tapi kursus yang kiteorg ikuti ni tak la membosankan sebab penceramah-penceramah yang datang bagi ceramah tu sangat-sangat sporting dan open. Mereka2 selitkan dengan lawak jenaka dan gaya ceramah yang pelbagai menyebabkan peserta2 semua tergelak besar dan geli hati apabila mendengar ceramah yang diberikan.

Gelak-gelak juga tapi apa yang penting adalah isi yang cuba disampaikan kepada peserta. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah kite  dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Ok sila layan gambar yang ade untuk melihat sejauh mana anda boleh menilai tahap isteri solehah dan keibuan kami..
:P


Kire macam kad pengesahan kedatangan gitu la..

Masa baru sampai..


Selfdouble dulu.. sampai awal kan kena buat aktiviti cam gini dulu :D

Selfthree!

Masuk dalam dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah..

Ambil buku..

Dengar ceramah sebayak 5 slot untuk hari pertame..


Ustaz tu very lawak.. ni amse slot kedue.. 

tapi slot keempat lagi lawak ustaznye..

Aku : Adik ko boleh tolong x?
Adik : Tlg pe?
Aku : Tlg jgn tersusun sgt tulisan tu..
Adik : Hahaha!

Kiteorg dah slow2 ngntuk ni.. slot 5 ustaz die mcm bosan skit tapi ok je.. :p



Hari kedue :P

Sabo baru 2 slot ceramah.. 
mate dah tak bape nak buke..
Time ni ustaz die lawak jugak tapi mengantuk menguasai diri kami.. hahaha!

Lepas solat Zohor..


Aduih masalah korang ni! 

Yehaaaaa cukup 9 slot ceramah kiteorg berjaya hadiri..
mmg tujuan nak dengar ceramah kahwin kut...
rugi la sape tak dengar tu... so far semua sungguh dengar ye.. 
maklum la semua nak kahwin hahaha..
 Ade ujian lepas ceramah2 tu tapi alah kacang goreng sedap je..
don't worry be hepy.. :D

Alhamdulillah sijil sudah dapat..
Boleh slow2 ambik borang kahwin plok..

Sekiranya kamu2 belum lagi mengambil kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin..
 Tak menyesal pun kalau mengikuti kursus ini lagipun kan wajib diambil sebelum boleh bernikah.. simpan dulu pun tak pe senang bile jodoh dah sampai move on je :p 



Ok tu saje nak tonjolkan entry ni.. 

byeeee..

The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©