|
Kecantikan Dalaman Perlu Dijaga
Wednesday, September 9, 2015 @ Wednesday, September 09, 2015 | 2 Comment [s]
Assalamualaikum..
Pompuan mana tak nak cantik semulajadi kan?
Kalau nak cantik mari la ikut petue mudah & simple ni..
Free of cas je i share..
Minum banyak
air
Bukan air coke atau air berperisa tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?
Bersenam
Baik utk
kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman
yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit
senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
Tidur yg cukup
Jgn asyik
berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak
cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
Rehatkan kulit
tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.
Makan yg cukup
tapi bukan berlebihan
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan
ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan
vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia
menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
Manjakan diri
Luangkan
masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun,
sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di
salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika
rajin.. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga.
Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
Elakkan stress
Stress mempercepatkan proses penuaan.
Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
Don't worry, be
happy
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika
kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
Ketawa
penghibur duka
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.
Jangan
memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di
muka.
Jangan merokok
Merokok
merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi
kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan
kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan
berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan?
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |