|
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Tuesday, September 29, 2015 @ Tuesday, September 29, 2015 | 0 Comment [s]
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku,
alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja
lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan
umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt
berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu
menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya
selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang
mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana
sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan
melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah
anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg
bersedekah.
"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dpt
menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke
tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp
kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga.
2) Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah
memberi makan.
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan
melepaskannya dari azab neraka.
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.
5) Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling
bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana
bersedekah).
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan
kebaikan.
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya
bercahaya di hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar
dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat).
9) Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan
daripada kejahatan.
10) Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan
punca doa malaikat buatnya.
11) Orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia.
Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan
hanya utk si pemberi).
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg
besar.
13) Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.
Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan
kemurahan hati.
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki
dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan
kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun
diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |