photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
MASA SEMAKIN PANTAS

Tuesday, September 1, 2015 @ Tuesday, September 01, 2015 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum.. 

Pernah tak korang rasa masa berjalan dengan terlampau pantas?
Contohnya macam korang tengah bergayut dengan skandal or kekasih gelap or awek korang. Korang bergayut sekejap je. Cakap bab-bab merapu, bab-bab makan apa, bila nak kahwin, anak nama apa, nak anak berapa dan sebagainya. Tapi bila sedar-sedar, dah 5 jam korang bergayut. Macam mana pula masa boleh berjalan tanpa kita sedar?
Macam tu la juga bila korang dok main Facebook. Duk liking-liking, tagging-tagging, poking-poking. Sedar-sedar dah tengah malam. Padahal esok dah nak kerja. Dan, pernah tak korang terfikir kenapa kita tak sedar dengan masa yang berlalu?

I know this is weird.
"Semakin kita membesar, semakin laju masa berjalan"
Tapi kalau korang ingat balik kenangan-kenangan korang masa kecil dulu, korang akan perasan yang even apa pun yang korang buat, korang akan rasa masa berjalan dengan amat perlahan. Tapi sejak korang start masuk ke sekolah menengah, masa dah start laju. Semakin meningkat usia, semakin cepat masa tu bergerak. Kenape? Adakah disebabkan oleh kejahatan yang kita lakukan?
Ataupun, masa berjalan dengan pantas hanya sebab kita seronok buat benda yang melalaikan sampai terleka dan masa berjalan dengan perlahan bila kita buat perkara baik sebab ianya membosankan?

Dan tahu kah korang ada satu teori yang mengatakan bahawa :
- Kepanjangan masa yang di lalui oleh setiap manusia adalah berlainan.
- Masa adalah satu medium. Lain tempat, lain kelajuan masa yang berjalan.
- Kalau kita dapat bergerak lagi laju dari kelajuan cahaya, kita boleh pintas waktu. (Future)
- Bila buat perkara lalai, Allah tarik 'masa' yang ada kat kita.

Kebanyakkan teori adalah bedasarkan idea Albert Einstein, Islamization dan peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap angkasawan. Apa yang berlaku kat angkasawan adalah masa bergerak dengan amat perlahan bermakna diorang seolah-olah lambat tua dari manusia biasa. Ini adalah disebabkan zero gravity di angkasa yang menyebabkan masa bergerak dengan perlahan. Dan kalau di bumi, kita akan berhadapan dengan graviti bumi. Dan ini adalah selari dengan teori Albert Einstein yang "Kalau korang naik satu tapak tangga, masa korang akan bergerak dengan lebih pantas". Dengan kata lain, semakin tinggi korang berada dari graviti, semakin cepat masa berlalu. Teori ni dah dibuktikan secara paktikal.
Kalau aku cakap pasal time travel, mesti ramai yang kata aku banyak sangat layan movie. But the truth is, dari segi teori time traveling boleh berlaku. Ramai scientist yang terkenal termasuk Stephen Hawking kata Time Traveling adalah tak mustahil dan tak bertentangan dengan hukum fizik. Tapi ianya hanya boleh berlaku kalau medium (point) travel tu telah dicipta. Contohnya, time medium di cipta pada tahun 2030. So, hanya pada tahun-tahun seterusnya je boleh kembali pada tahun 2030.

Dari segi Islamik korang tak rasa pelik ke bila setiap kali korang buat benda-benda ibadah seperti berzikir ke, mengaji ke, study ke, korang akan rasa masa berjalan dengan amat slow. Tapi bila korang buat benda-benda yang melalaikan, masa terus bergerak dengan laju?
Pernah tak korang terfikir yang sebenarnya bila korang buat benda-benda yang melalaikan tu, Allah dah tarik sebahagian waktu supaya ianya habis macam tu je?
Dan mungkin bila korang berzikir, Allah 'slow' kan  waktu / masa supaya korang boleh buat lagi banyak ibadah?

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya:
''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata. - Riwayat Ahmad

Ada sesetengah pendapat bahawa bila seseorang tu rasa masa dia terlampau pantas, maksudnya dia tak ada keberkatan masa / waktu. Atau dengan kata lain, dia banyak buat maksiat. For example, korang bangun pukul 6 pagi untuk siapkan 3 task kerja. Tapi sampai ke malam kerja tu tak siap-siap even task tu adalah another simple task yang boleh siap dalam 3-4 jam. Tapi, bila korang nak buat task tu, korang akan rasa amat busy. Korang akan rasa macam tak ada masa langsung untuk siapkan kerja. Apa tah lagi masa untuk bersama isteri tercinta yang menunggu kepulangan anda di rumah.



So, merujuk dalam hadis di atas, kiamat akan muncul bila ramai orang yang lalai sampai hilang keberkatan waktu dan itu akan menyebabkan masa berjalan dengan amat pantas sehinggakan sejam bagaikan sekelip mata / satu percikan api.
Begitu la masa yg kite rasa seakan cepat waktu berlalu whalhal byk perkara sia2 dilakukan.. 



Mari la muhasabah ye tawan2.. kite manusia yg kerdil disisi-Nya.
The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©