|
KAU WANITA TERPILIH
Tuesday, September 15, 2015 @ Tuesday, September 15, 2015 | 0 Comment [s]
ASSALAMUALAIKUM
Dipetik sumber encik fb dan tertarik artikel ni..
Allahummaghfirlaha
warhamha wa'afiha wa'fuanha.
Dalam ramai-ramai
mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini
yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.
Betapa beliau
adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu
Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa
sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia
memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat
suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya.
Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya
juga.
Walaupun meninggal
dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran
darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad
yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di
dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak
semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan
itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini
dijemput Tuhan.
Tadi terbaca
nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah
meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau
seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat
guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di
bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat
dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan
seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah..
Lihatlah
senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya,
antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg
sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli
keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah
mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah
wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana.
Allahu Allah.
Dan saya tidak
pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: Kami rakyat
Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya
seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya
terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik
penyayang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa
tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan
anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya.. Allah.
Cikgu, semoga
kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu. Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.
"Maka
segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi
peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]
Dengar kisah
wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan
juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan
yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan
kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal
ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.
Al- Fatihah untuk
Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |