|
Kelebihan Ais Ketul
Thursday, November 12, 2015 @ Thursday, November 12, 2015 | 0 Comment [s]
Assalamulaikum..
Siapa yang tak nak cantikkan?
Baik perempuan, lelaki mahupun mak
nyah! Hahaaaa.
Siapa tahu kan kot-kot statistic blog views aku ni ada golongan
ketiga, keempat dan kelima ? Heee, gurauan semata-mata okay? So this time aku
nak share satu tips mudah untuk bantu wajah korang cantik berseri, tak perlu
pakai chemical product yang lagi menjahanamkan wajah korang yang dah sedia
cantik tu.
So persoalannya, bagaimana ais membantu dalam penjagaan muka you
alls? Here, few steps and benefits I share for you based on my own readings and
experience okay?
1. MENGECILKAN RUANG PORI-PORI
Ais dikatakan penawar paling berkesan untuk mengecilkan ruang
pori-pori yang terbuka luas. Caranya ialah, korang just balutkan ketulan ais
batu dengan sehelai tuala, then tekapkan jer balutan ais tadi di muka. Ingatan
keras supaya korang jangan pulak memandai-mandai gi gosok muka tu dengan tuala
tadi taw, tapi TEKAP kan sahaja yea? Tujuan tak bagi korang gosok dengan towel
tadi sebabnya kulit muka kita ni licin dan sensitive, nanti kalau tengah gosok
tetiba rasa pedih sendiri tanggung yea? Okay, tekapkan terutama ruang yang
jelas pori-porinya macam kat area pipi berhampiran dengan hidung tu kan. Haaaa,
usually kita akan guna toner and kapas untuk kecilkan ruangan pori-pori, but
apa kata korang cuba pulak kaedah ini? 5 minit jer pun muka dah segar. Nak
bandingkan cost beli ais dengan toner, mahal cost beli sebotol toner berkali
ganda lagi.
2. MENGUBATI MATA SEMBAB
Masalah mata sembab selalunya timbul bila kita tak cukup tidur,
terlalu lama menggunakan gajet atau lepas menangis teruk. Okeh, so now kalau
korang rasa susah sangat nak bukak mata tu yang boleh mengganggu kerja atau
kuliah korang, mudah jer nak atasi masalah ni. Cuma perlu bungkuskan beberapa
ketulan ais batu dengan tuala macam tadi, then gosok perlahan-lahan di bahagian
mata korang terutama area bawah mata dan kelopak mata.. Kesejukan ais ni
dikatakan boleh memberi kesan yang lebih menenangkan pada mata korang yang
letih tu. Ini baru betul bak kata pepatah, "sejuk mata memandang."
Hikhikhik.
3. ATASI JERAWAT
Dah guna macam-macam produk tapi bengkak jerawat still tak
surut-surut? Why not you try this tips, ambil sahaja seketul ais batu dan tak
perlu dibalut, then with gentle and care you gosok ais tadi pada bengkak
jerawat yang timbul. Menurut penulis Noreen Tajuddin dalam article nya
"Mandi Ais Untuk Lebih Cantik",
penggunaan ice cube ni actually bukan setakat membantu dalm mengurangkan
bengkak dan kemerahan jerawat tadi, plus ais ni pun dapat seimbangkan kadar
minyak berlebihan pada wajah taw.
4. MENGURANGKAN BULU HALUS PADA WAJAH
Bulu-bulu halus pada wajah terhasil akibat hormon dalam badan. So
jangan bimbang if korang (terutama perempuan) yang banyak bulu roma halus pada
muka. Rawatannya sama sahaja iaitu dengan menggunakan ais sama ada korang nak
gosokkan ice cube tu pada muka atau cuci muka dengan air sejuk. Yes, memang
menyegarkan seriously.
5. MENGANJALKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT WAJAH
Bagi mereka yang betul-betul menjaga kecantikan wajah, untuk
mendapatkan kulit wajah yang anjal dan lembut bolehlah ulang kaedah menekap,
menggosok serta mencuci muka dengan ais batu atau air sejuk sebanyak 3 kali
seminggu. Hasilnya korang rasa lah sendiri. Okeh?
Selain gunakan ais untuk rawatan muka, sekarang dah jadi trend orang
mandi ais pulak Antara kebaikan ais ni selain 5 manfaat yang aku nyatakan di
atas, antara manfaat lain yang boleh diperolehi ialah
- menceriakan emosi
- menghilangkan bau badan
- mengurangkan perut buncit
- menjadikan rambut lebih
sihat
- meredakan tekanan perasaan
-memejalkan otot badan dan muka
- mengetatkan organ peranakan wanita
- bertindak memutih dan menghaluskan kulit
- membantu menyingkirkan kotoran serta toksin dalam kulit
- membantu mengawet muda kulit,meningkatkan aura dan tenaga individu
- mengurangkan migrain yang mana terjadi apabila kita terlalu expose
pada radiasi cahaya matahari
Menurut kenyataan Dr. Rusidah Mohd Tahir iaitu salah seorang pakar
dalam bidang Color Vibration Therapy (CVT), "buat individu yang ingin
sentiasa kelihatan langsing, mandi ais dilihat sebagai pilihan yang amat
bijak." Sekiranya korang mampu dari segi kewangan dan masa serta berminat
untuk mencari tempat di mana ada buat terapi mandi ais.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |