|
3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat
Saturday, March 26, 2016 @ Saturday, March 26, 2016 | 4 Comment [s]
3 Rahsia Yang Ditutup
Rapat-Rapat adalah :
Jodoh👫
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh
kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila
berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah
kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu,
banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti
yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul
tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang
terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang
soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan
perkahwinan itu dengan kasih sayang.
Rezeki😊
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat
tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang
usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca
sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun
susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi
petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak
faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah.
Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila
dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak
tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah
orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana
belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan
rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk
membersihkan hati dan selalu bersyukur.
Ajal maut.👼🏻
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup
bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu
rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan
dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya
ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian
dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka
itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Ape2 pun jadi fikir la 3 benda ni..
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |