|
Percaya Rezeki Itu Ada
Monday, July 25, 2016 @ Monday, July 25, 2016 | 0 Comment [s]
Pada satu masa
dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir
kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik
fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti
sahaja.
Satu hari, Nabi
Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang
terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.
Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak
dia tanya.
"Oh Nabi
Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah
meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku
roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih
daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan
menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih".
Nabi Musa AS pun
setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa
rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku
roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang
tua tu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu
berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan
tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya.
Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai
apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima
satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali
untuk solat dan ibadat dia.
Setelah beberapa
bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia
tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi
tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia
mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk
makan.
Jadi, dari dia
memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu
kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu
mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi,
ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk
bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan
beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu
berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak
dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada
haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan
orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
Untuk tanda
berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing
ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
Masa berlalu
setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi
kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua
itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok-pokok
buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh
dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina
Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa AS pun
menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu -
sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana
ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia
memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya,
sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti
adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
Pokok-pokok
buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang
dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah
ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Barakah adalah
hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada
mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan
seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah
menjadi sangat kecil.
Kelimpahan
barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati
dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki
memang ditakdirkan...
Tetapi .. BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn. Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama. Moral dari kisah ini : - Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. - Bersyukur walaupun sedikit. - Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. - Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. - Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. - Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. - Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Wallahualam.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |