|
Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa?
Tuesday, October 11, 2016 @ Tuesday, October 11, 2016 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum semua..
Hati
sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Di dalam dunia ini, tiada siapa yang
mahu merasa kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat
daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air
mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu
perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan
berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana
perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati
dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan
hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana
menenangkan hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan
lemah. kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa
yang tahu betapa
peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia.
Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca
artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak
tenang.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel
ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi
beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang
sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang
pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat
memberi membantu anda juga:
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca
Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah
untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali
menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami
“keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai
solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca
Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang
mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah
bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangat menenangkan hati.
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah
bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu
solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk
menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang
tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua
rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah
Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu
surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu
salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar
dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa
sahaja.
Adukan masalah kita direct kepada
Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh
amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu
bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu
bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung
kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari
perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat
(paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan
aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
o
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah)
o
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah
Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat,
zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema
Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru
sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh
membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan
putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan
ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana
ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati
Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa
Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah
lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak
tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no
matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu
bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah :
40 )
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |