|
WEDDING QIENAH
Wednesday, October 26, 2016 @ Wednesday, October 26, 2016 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum. Hye semua.
Entry kali ni mungkin agak panjang, semoga readers blog ni dapat memahami isi kandungan sebenar entry ni.. jeng jeng.. huhu.. Macam yang korang semua tahu, pengalaman yang telah dibuat untuk preparation yg bakal berkahwin seperti hiv test and nasib baik kursus kahwin dah pergi awal-awal lagi dengan adik and sepupu. Tak lah serabut sangat hahaha. Pengalaman yang sekali dalam seumur hidup dan pastinya korang semua akan merasai dan mengalami perkara yang sama bila nak berkahwin nanti. Walaupun nampak macam complicated nak setelkan satu-satu perkara, tapi honestly, memang semua tu adalah salah satu perkara yang 'worth it' dan best bila dilakukan bersama-sama pasangan korang nanti. Percayalah cakap kite ni.. :P Step by step.. Secara ringkasnya, story of love bermula daripada sebuah perkenalan di sekolah satu ketika dulu. Perkenalan yg tidak ku sangka hingga ke pelamin akhirnya.. Subhanallah miracle sangat rase.. InsyaAllah ^_^
Sesi mengenal diri masing-masing, bermulalah mengenal latar
belakang pasangan serta keluarganya dan part ni lah sebenarnya salah satu
peringkat yang paling manis, penuh dengan keriangan dan kejiwangan (hahaha). Kalau
tak caye cuba tanya kat orang yang baru bercinta tu, kan kan kan? hehe..
Tercipta satu kemajuan dalam perhubungan di situ hehehe..
Ok part paling nebes ialah proses nak bagitau
abah dan umi tentang relationship kami yang semakin serius..
T_T (tingtong jap rase)
Mungkin ada yang cakap, abah dan umi kita
sporting bagi kebenaran anaknya nak berkahwin. Bukan semudah tu seorang ayah
nak membenarkan anak perempuan dia berkahwin. Lagi-lagi anak perempuan yang tak
pernah bercakap soal lelaki di masa depannya.. oh sungguh jauh sama sekali nak
cerita pasal lelaki.. Boleh bayangkan tak betapa beratnya hati seorang ayah nak
melepaskan anak perempuan dia ke tangan seorang lelaki yang bakal menggantikan
tugas dia.... Kalau nak tahu, perkara paling susah kita nak lakukan ialah
bersemuka dengan abah dan beritahu tentang niat sebenar kita. Berpeluh-peluh
dahi dan kedua-dua belah tangan sejuk masa nak bagitau abah niat untuk
bertunang dan berkahwin. Tapi, memang betullah kita kena pegang dan percaya
yang Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita jika nak melakukan sesuatu
perkara baik, in this case mendirikan masjid.. :')
Perkara paling penting ialah mendapatkan restu
daripada abah dan umi. InsyaAllah, kalau abah dan umi kita restu, sebuah
perkahwinan tu akan lebih diredhai dan kekal bahagia. Mula-mula, rasa macam
takut jugak, nak bawak MR.Fiance jumpa buat kali pertama dengan abah dan umi.
Yelah, takut abah dan umi tak suka kan. Masa tu, umi dah pernah tengok muka
MR.Fiance dulu. Tengok dekat mana? Mestilah satu ketika dulu. Heee.. See? Abah
pernah tengok jugak tapi dia tak macam ingat tak ingat je.. :D
Saat-saat yang ditunggu oleh kaum hawa ialah
saat-saat untuk membuat preparation menjelang majlis nanti. Biasalah, kalau nak
kawen kan, memang guna banyak duit dan duit keluar macam air beli itu ini, tapi
MR.Fiance sendiri selalu cakap, " minta
doalah pada Allah supaya tolong kita dan memudahkan urusan kita".
Borang permohonan untuk bernikah :)
Ok hampir 6 bulan dah bertunang.
Alhamdulillah, akhirnya masa yang kami berdua
nanti-nantikan ialah sebuah perhubungan dan ikatan yang sah. Sebelum ni mungkin
ramai yang tertanya-tanya, bila majlis yang sebenarnya. Bukan tak nak bagitau,
tapi tunggu masa yang sesuai untuk diberitahu pada semua orang. Dan mungkin
sekarang ialah masa dan waktu yang sesuai untuk beritahu bila akan
menamatkan zaman bujang. huehuehue :P
Kad Jemputan yang akan diedarkan untuk tetamu
nanti :)
Ala-ala budak sekolah tak kad jemputan kitorang.. hehe..
MR.Fiance sendiri yang nak design cenggitu :)
Dia kata we make history about love..
Ok la accepted la sebab tu :P
InsyaAllah, kami akan bernikah pada 25 November 2016,
Jumaat. Majlis Akad Nikah ni akan diadakan pada waktu malam, mungkin selepas
Isya'. Majlis ini akan
berlangsung di rumah manakala esoknya pulak 26
November 2016 , ialah Majlis Resepsi akan berlangsung
di Dewan Taman Agroteknologi Mardi.
Untuk Majlis Bertandang pulak, kenduri akan
dilakukan 27 November 2016 di kawasan berdekatan jugak
hahaha..
Rasa excited sangat bila kad dah siap dan rasa
terharu pulak sebab tak sangka selama ni kita pegang kad jemputan kawen orang
lain dan sekarang ni tiba giliran diri sendiri pulak empunya kad. Awal
bulan November ni akan mula edarkan kad jemputan, tunggu yerrrrrr para tetamu
tak kira melalui whatpp pun dikira jemput ye... :D
Bulan depan dah nak kawen.
Doakan semuanya berjalan lancar dan diberkati..
Herm.. rasa macam tak
percaya ^_^
#alhamdulillah#
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |