photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
PART 3 : SANDING - 26.11.2016

Thursday, December 15, 2016 @ Thursday, December 15, 2016 | 4 Comment [s]

 Assalamualaikum.

Cerita sebulan lepas, diimbas kembali memori indah ni. 
Majlis bersanding yang diadakan pada hari Sabtu 26 November 2016 berjalan seperti yang dijadualkan. Memang kami suami isteri merancang untuk buat tiga hari kenduri iaitu kenduri malam nikah, kenduri bersanding dan kenduri sambut menantu. Asing-asingkan kenduri sebab tak nak nampak terlalu rushing pada hari majlis. Nak semuanya berjalan dengan relax dan cool. Kalau boleh, memang daripada dulu nak elakkan buat dua kenduri (nikah & sanding) secara serentak dalam waktu sehari. Takut pengantin dan keluarga boleh letih dan lesu. 



Sebelum upacara dimulakan ambil gambar dulu dengan pengapit yang ikut je kehendak pengantin nak macam tu nak macam ni di hari bahagia.. hihihi tqsm la cousin..

*Tips cantik di hari bahagia*
Perkara yang boleh buat lepas dah setel mandi semua, bilaskan muka dengan air ice. Nak tuapkan muka dengan ice cube pon boleh. Caranya mudah je, just balut ice cube tu dalam kain dan tuap dekat muka. Haaaa.. tips berguna ni special untuk bakal pengantin untuk kasi muka kita fresh dan naik seri masa make up nanti :) 

Kredit to fotographer gambar dalam dewan sebelum tetamu datang :)


Pelamin anganku menjadi kenyataan :)

Pada hari kejadian, iaitu majlis reception, tak tahu kenapa perasaan nervous still terasa lagi. Mungkin nervous nak jumpa kawan-kawan dan tetamu yang dijemput kot? Segan :'D hehehe.. 

Sebelum berarak dan tunggu pengantin lelaki sampai :)

Ok rombongan lelaki dah sampai :)
Time tengah berarak, terus terfikir macam tak sangka tengah berarak dalam rombongan pengantin, betul ke ni? tengah kawin ke ni? apa mimik muka yang harus aku buat? mcm2 persoalan yg timbul..haha bila tgk ramai orang dekat tepi-tepi, dengan bunyik kompang lagi, rasa macam dalam tv pon ada jugak. Yela kan 1st time kawin... :p

Gambar di meja beradab. 
Kredit pic to kak mani :) tq sudi datang.. Nanti kita pergi majlis dia plok k :D

Team kawan zaman sekolah sampai sekarang. 
Tq korang sudi memeriahkan majlis kenduri kita :D

Team kawan-kawan tempat kerja sekarang LTH Logistics :)

Team kawan-kawan tempat kerja lama BSM Company :) 
Tq sudi datang..

Dan seterusnya, selesai je majlis dan orang ramai pon dah mula berkurangan, kami dan  fotographer terus pegi carik location untuk outdoor session. Masa tu lebih kurang dalam pukul  5.30 petang macam tu. Wooawwhhh..kalau nak tau, cuaca sangatttlahhh sejuk dan best. Alhamdulillah sangat.  Disebabkan berdekatan dewan tu cantik dan sesuai sangat dah untuk outdoor kitaorg so kitaorg decide outdoor kat situ je. Taman Agroteknologi Mardi Cherating. Outdoor ni tak lama pun shoot, sekejap je sebab masing-masing dah penat. Setakat ni, gambar ni je yang baru dapat daripada fotographer abg Nasa Ismail :) Selesai je outdoor hujan turun titik demi titik.. Alhamdulillah lega lepas majlis hujan turun :')



Btw, segala entry yang diselitkan tentang wedding #qienahfaizal, tiada niat atau pon lain-lain maksud. Just untuk berkongsi pengalaman dan untuk bakal-bakal pengantin di luar sana mana tau boleh mendapatkan sedikit input2 berguna dalam entry ni :) 
Itu je, takde kena mengena untuk menyinggung mana2 pihak samada yang hidup atau yang meninggal dunia.


Tidak kira siapa latar belakang kita, apa taraf kita, di mana kita berada, berapa usia kita dan apa tujuan kita, sebaik2nya yang penting adalah keyakinan atas niat baik kita dalam melakukan sesuatu. Tidak kira muda atau tua, soal ajal, maut dan jodoh adalah ketentuan dari Allah swt sejak azali lagi. Sebaiknya kita berdoa untuk kebaikan dari mempertikaikan ketetapan yang telah tertulis. Lebih baik kita cuba memberi contoh teladan yang baik untuk sahabat dan rakan2, dan jika kita terlalu asyik mempersoalkan kebaikan bila pula kita nak membetulkan kemungkaran.. Perkara yang baik tetap perkara baik cuma mereka yang melihat dan menilainya perlu lebih bijak dalam memahami perkara tersebut supaya dapat memberi kebaikan pada dirinya, bukan kejahilan. Lengkapkan iman kita kerana Allah swt, bukan kerana nafsu semata-mata. Perkahwinan itu indah, jangan jadikan ia sebaliknya.. Memang tugas menjadi isteri sangat berat tapi ingatlah berat lagi pahala yang akan dikurniakan oleh Allah nanti..  insyaAllah ujian yang datang dapat dihadapi dengan sabar, tenang dan penuh keinsafan.

The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©