photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
TRIP SABAH - PART 1

Friday, April 7, 2017 @ Friday, April 07, 2017 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. 
Entry update. 

Kali ni percutian ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu ^_^


Inilah hari yang dinanti-nantikan. Nak kata honeymoon pun boleh jugak hehehe tapi lebih kepada jalan-jalan je la ye. Trip ke Kota Kinabalu Sabah sangat best dan memang tak sangka Allah bagi peluang tengok keindahan yang memukau di Kota KInabalu Sabah. 





Rasa nak pergi lagi kalau ada trip sebegini dan pergi ramai-ramai memang best la. Kami pergi 31 Mac 2017 - 3 April 2017. Sampai kat airport jam 4 pagi so sempat la rest2 jap sementara tunggu flight ke Kota Kinabalu. Tak sabar sangat rasanya masa tu. 

HARI PERTAMA
Ada dua flight so kitorang flight pertama pukul 6.30 pagi sampai Airport KK pukul 9 pagi. Flight kedua pukul 6.50 pagi sampai pukul 10.30 pagi. Sampai je terus cari tourist guide dan dorang bawak kami pergi makan dulu di area berdekatan kawasan airport. Agak mahal jugak kedai makan tu. Kalau tak silap nama kedai tu D'Lengkuas. Huhuhu. Sambil tunggu team satu lagi punya flight dorang sampai pukul 10.30 pagi kt Airport KK.


Okay dalam pukul 12 tengahari gitu bergerak dan singgah masjid mana entah sembahyang Zohor dulu. Waktu solat kat sana awal 12 lebih dah Zohor. Waktu Asar 3.30 petang. Awal sejam kut waktu solat kat sana. Agak kecelaruan sikit waktu solat kat sana. Hahaha :P

Rumah Terbalik / The Upside Down House Of Borneo
Lokasi pertama adalah di Rumah Terbalik Sabah yang merupakan rumah terbalik pertama di Asia Tenggara dan nombor ketiga di dunia. Awesome tak ?? Senang sangat nak cari tempat ni. Dari KK, guna jalan yang sama macam nak pergi ke Kundasang. Bila dah sampai kat roundboard Tuaran memang dah boleh nampak signboard direction ke sana. Tempat ni berhampiran dengan stesen minyak Shell dan Sekolah Menengah Tamparuli. Tiket masuk RM10.60 untuk dewasa. Kalau bukan warganegara Malaysia cajnya RM18. 


Ni konon crew dia ambik gambar cecantik pastu nanti jual la harga bawah RM100 k.
Kitorang memang tak beli pun hihihi.

Kecik je kawasan depan umah ni. Kat dalam rumah tu tak dibenarkan ambil gambar. Maybe nak mengekalkan nilai eksklusif rumah tu kot. Kang kalu amik gambar nanti orang lain tak eager nak masuk tengok camne keadaan dalaman umah tuh. Semua benda terbalik kecuali ekon. Benda paling berat yang diorang lekatkan adalah mesin jahit. Sekejap je kat dalam rumah tu, dalam 15 minit je kot. Takde la luas mana pun rumah tuh. Korang masih berpeluang untuk bergambar dengan barang-barang terbalik tapi kat belakang rumah ni je la cam basikal, pasu bunga dan ampaian baju. Jalan keluar daripada rumah ni akan membawa korang ke kedai cenderamata dan cafe. Harga makanan kat cafe tu agak mahal sikit..


Crew yg sporting. Awek Sabah bah.




Pekan Nabalu
Ok dalam pukul 2 lebih gerak dari Rumah Terbalik. Adventure jugak jalan nak ke sana. Berbukit-bukau. Dengan lori besar keluar-masuk. So, driver schumaker kitorang tak boleh nak speed sangat. Pekan Nabalu terletak sekitar 75 km dari Kota Kinabalu atau mengambil masa lebih kurang satu jam lima belas minit perjalanan menggunakan kenderaan. Pekan Nabalu juga terletak tidak jauh dari Kinabalu Park yang mana menjadi kawasan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu.



Pekan Nabalu jarang disebut oleh kebanyakan pelancong yang bertandang ke Sabah
Malah jika dicari melalui carian Google tidak banyak blog yang bercerita tentang Pekan Nabalu secara detail. Kebanyakan penulis hanya menukilkan Pekan Nabalu hanya pekan terpencil menjadi transit kepada para pelancong untuk berehat atau membuang air sebelum meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park.


Sebenarnya pekan kecil Nabalu mempunyai sesuatu yang lebih dari apa yang kita jangkakan.  Terletak di kawasan berbukit pastinya menyajikan pemandangan yang mengagumkan. Ibarat lukisan indah yang tergambar di kanvas infiniti, 


Selain dari itu, Pekan Nabalu juga menjadi transit atau lokasi membeli belah yang terbaik. Ya memang banyak lokasi membeli belah yang popular di sekitar Kota Kinabalu. Selain Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air, Pekan Nabalu juga patut diletakkan dalam senarai lokasi membeli belah barangan cenderahati. Dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu nan indah, persekitarannya juga cantik dan bersih malah udaranya turut nyaman. Lokasinya pula tidaklah semacet lokasi-lokasi jualan yang lain. Tidak ramai dan tidak perlu bersesak-sesak. Malah pengunjung juga boleh membeli belah dengan selesa. Dapat juga ziarah dari satu gerai ke gerai yang lain dengan bebas.



Di Pekan Nabalu terdapat satu pasar yang dinamakan Gerai Pekan Nabalu. Di gerai ini tersusun puluhan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Saya berani katakan, harga jualan di Gerai Pekan Nabalu ternyata jauh lebih murah dari kawasan membeli belah yang telah saya sebutkan tadi. 



Jujur katakan, untuk membeli cenderamata Sabah, Pekan Nabalu adalah lokasi yang paling sesuai. Membeli belah di Pekan Nabalu boleh membuatkan kita terleka. Bukan sahaja terpegun dengan barangan yang diperagakan tetapi juga leka untuk tawar menawar harga. Sayangnya, mutiara tiada dijual di sini. Jika tidak harganya juga pasti lebih murah.
.
Sekadar memberi contoh, harga magnet peti sejuk di Kota Kinabalu adalah RM10 untuk 3 keping. Tetapi di sini anda boleh mendapat barangan yang sama dengan harga yang lebih murah. RM10 unuk 4 keping. Jika pandai memujuk tidak pelik jika boleh mendapat 5 keping untuk harga RM10. Itu hanya sekadar contoh. Banyak lagi barangan yang lebih murah dari pasar-pasar yang terletak di Kota Kinabalu. Yang penting kita pandai membezakan harga antara kedai yang lain.

Pekan Nabalu juga lokasi untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Hasil tanaman tanah tinggi pastinya jauh lebih segar dari kawasan bandar. Malah harganya jauh lebih murah. Ambil sedikit masa untuk membeli buah-buahan di sini. Rasai dan nikmati kesegaran buah-buahan dari tanah tinggi.




Pekan Nabalu yang berlatar belakangkan puncak Gunung Kinabalu pasti menjentik atma. Indah di pandangan mata.   


Jika cuaca baik, puncak Gunung Kinabalu boleh dilihat dengan jelas dari pekan ini. Jika tidak, puncak gunung yang dilitupi awan gemawan nipis yang dilihat berbalam-balam juga sudah cukup mengujakan. Yang penting jurufoto pandai mencari sudut gambar yang menarik.


Subhanallah cantiknya ciptaan-Mu.


Laki bini teruja sampai sini. Awesome sangat.
Free style ^_*
Ni kawasan di belakang gerai jualan yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Lokasi itu menjadi pilihan kepada para fotografer untuk mengabadikan detik-detik indah Gunung Kinabalu


Mereka mahu mengabadikan kenangan bersama.

Pekan Kundasang
Sampai di homestay hampir 7 malam, kami menginap di Walai Tokou Homestay Noraini yang terletak di kawasan yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini. Suhu semasa berada di sana adalah 17'c. Sejuk giler tapi best la kan sejuk2 hihihi. Semua team masuk ke bilik masing2 untuk rehat sambil tunggu makan malam.. 

Kat sini kalau malam dah sunyi dah tak ada apa-apa kecuali adalah gerai yang buka sampai malam tu gerai sayur gerai bunga je. Disebabkan tak ada aktiviti luar jadi kami membuat aktiviti berBBQ.. have fun sangat.. 


Gambar hiasan : Kat sana femes batul kepak ayam. 
Kami berBBQ pun makan kepak ayam. Kalau bahagian lain mahal agaknya. 



Sambil2 berBBQ kami dihiburkan juga dengan student2 dari universiti antarabangsa yg menginap di situ jugak. Dorang membuat pelbagai persembahan yg memeriahkan suasana di homestay tu. Mungkin student2 dari bidang kesenian. Enjoy je dorang buat persembahan.

So ni alamat homestay tu :
Walai Tokou Homestay Noraini
Address: Kampung Sinisian, Kundasang

89308

Phone Number: +60198602270



Ok setel hari pertama rehat2 kan diri untuk aktiviti esok.




The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

DiaryAboutSite


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©