photo syasya qienah.jpg

SyasyaQienah Blog`s
TRIP SABAH - PART 2

Friday, April 7, 2017 @ Friday, April 07, 2017 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.
Hari kedua di Sabah aktiviti-aktiviti sampai ke malam. Penat tapi tetap enjoy.

Ni pemandangan pagi dari homestay penginapan yang tersergam indah Gunung Kinabalu. 
Orang sana cakap sejam je nak nampak dia jelas macam ni waktu pagi. 
Pastu nanti berkabus dah.


With shuben ^_^

Kami di bawa ke lokasi pertama untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu. 
Ia terletak di tengah Pekan Kundasang je ni.







Team trip to Sabah.
Seronok pergi ramai-ramai macam ni. 
Gunung Kinabalu tersergam indah. 

Wiwit :D 


FISH MASSAGE SG. MOROLI
Lokasi kedua untuk hari kedua ialah Tagal Sg. Moroli. Cara untuk sampai ke Sungai Moroli, Kampung Luanti ni melalui jalan yang sama hendak ke lokasi Ladang Teh Sabah. Mula-mula jumpa Ladang Tea Sabah dahulu, dan selepas itu menjumpai kawasan ikan kelah jinak, Tagal Sabah.
Dalam bahasa Kadazan Dusun, Tagal bermaksud tak boleh tangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai.



Sedikit info yang perlu tahu sebelum ke sini.
First thing, pergi beli tiket. Kaunter dia macam terlindung sikit. 

Bayaran Masuk

RM 5.00 dewasa (Rakyat Malaysia 18)

RM 10.00 dewasa (Bukan Warganegara)

RM 2.00 kanak-kanak.

Aktiviti :
20 minit berendam kaki / bermain dengan ikan kelah
Tambahan masa perlu beli tiket semula
Bayaran makanan untuk ikan kelah adalah RM 1.00 sepaket (besar)


Lepas tu jalan ke depan sikit. Korang akan nampak satu pondok ni. Kasi tiket kat situ. Nanti dia bagi satu tiket lain. Kat situ ada tulis satu nombor. Lepas tu terus la masuk ke area sungai yang ada ikan tu. Nanti bila 20 minit tu dah tamat, depa akan jerit nombor korang pakai alat pembesar suara. 20 minit je had masa dia. Rasa macam tak puas pulak.

Kat kaunter ni kasik tunjuk tiket yang kita dah bayar dan kena beli makanan ikan, 20 sen je sepaket kecik. Ada blogger cakap kaunter tak benarkan kita beli lebih daripada sepaket, nanti ikan kenyang sangat kang orang lain datang ikan buat donno je. Tapi boleh je beli makanan ikan lebih pada sepaket. Lepas tu kitorang diberi nombor giliran.

Masa nak masuk ke sungai, budak kaunter akan buat announcement nombor giliran sape yang dah cukup masa main ngan ikan. Pastu dia announce supaya nombor giliran kitorang pulak masuk. Setiap kumpulan diberi masa 20 minit (kalau tak silap) untuk berada kat sungai tuh.



Mula-mula tu, takut-takut jugak sebenarnya nak rendam kaki dalam tu. Tapi tengok orang lain, macam rilex je. So positifkan je la diri rugi tau tak cuba. Lagi pun, masa berjalan weh. Dari buang masa fikir sakit ke tak fish spa ni, baik korang rendam je kaki dalam tu. Haha! Saya pun rendam kaki. Tapi ikan tak datang lagi, saya dah angkat kaki. Haha! Banyak kali jugak la try and error. Ikan-ikan kat sini berenang bebas kat Sungai Moroli and tak berganjak bila korang datang dekat. 

Ni last try. Masa rendam kaki and ikan dah berkumpul, saya ketap gigi. Sakit pun ada. Geli pun ada sebenarnya. Rasa sakit macam kena gigit semut api. Lama-lama jadik geli pulak. Haha! Saya bongkok badan sebab nak tengok dekat-dekat. Bila ikan tu bukak mulut, lepas tu dia makan bad skin kat kaki tu.. Pheww! Sukar digambarkan dengan kata-kata.



 Eh! Imagine la. Rendam kaki pun dah geli bila ikan tu datang apatah lagi yang mandi bersama ikan. Seriously, tu memang pengalaman yang paling ohsem.



Ini rupa Sungai Moroli, so luck waktu datang dekat sini cuaca sangat baik, air sungai pun jernih jadi dari tebing sungai dah boleh nampak ikan kelah. Dekat sinilah proses Fish Spa akan berlaku, bukan susah hulur kaki dalam air nanti ikan kelah datang la, gigit manja makan daki-daki yang dah lama bermautatin. Bagi anda yang rasakan setakat letak kaki  dalam sungai bagi ikan gigit-gigit manja tak berapa extrem, cadangan lain apa kata anda mandi dalam sungai tu, satu badan ikan kelah boleh mengurut. :P  

 LADANG TEA SABAH
Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. 
Masa operasi adalah antara jam 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma tetapi jika lawatan ke kilang teh dikenakan bayaran RM10 / 13 seorang *Kadar bayaran saya tidak pasti*

Sampai-sampai je posing kat pintu masuk Sabah Tea dulu.









Indahnya ciptaan Allah.



Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh melawat ladang tea organik, melihat cara tea diproses di kilang, membeli cenderahati terutama produk berasakan tea & menjamu selera di cafe yang disediakan. 

DESA CATTLE DAIRY FARM 

Tak pasti sampai sini pukul berapa tetapi sangat teruja dengan pemandangan yang sangat cantik seolah-olah berada di New Zealand.

Bayaran yang dikenakan 
RM 5 untuk dewasa RM 4 untuk kanak-kanak.

Waktu dibuka :  
8 pagi - 5 petang ( setiap hari )
Waktu perahan susu :  3.00 petang


Desa Cattle Farm ni ladang lembu susu terbesar di Sabah. 

Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing. Kalu ko amik pastu cakap kat opah ko yang ko melancong kat New Zealand kompom orang tua tu percaya tanpa usul periksa. Hahaha! Entah-entah iklan susu Fernleaf dulu shooting kat sini je, tapi propa kata lembu New Zealand, hihihihi. Nyaman je angin gunung bertiupan dikelilingi kabus.

Kalau nak buat wedding photoshoot kena bayar rm100.00.
Dengan suhu sejuk dan pemandangan Gunung Kinabalu, desa farm ni menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem untuk bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala-ladang di Eropah. Jadi, Dengan jolokan sebagai New Zealand Sabah, Desa Cattle Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu korang lawati. Sila masukkan siap-siap dalam list tempat yang nak pergi.

View super duper  fantastic. 
Ni baru pintu masuknya. 
Belum masuk ke dalam lagi tu.


Sebelum masuk dalam makan ais krim minum susu kitorang bergambar dulu sebab cuaca nampaknya macam nak hujan lebat. 
Memang masa sampai sini hujan dan turun rintik-rintik.


Ada lagi kawasan kat atas yang santik tapi yang ni je sempat snap. 
Lepas je beli ais krim dan susu hujan turun selebat-lebatnya. 
So tak dapat la bergambar lebih-lebih kat sini. 

 Ais krim gelato yogurt vanilla dan coklat. 
Harga dia RM5.30 semangkuk tu.

Sejuk bah.. Jenuh nak perabih ais krim tu hahaha.. 

Yesza im very freeze my mind here! hahaha..

I suruh shuben conteng-conteng kat situ.

Lembu sama kaler dengan tudung. Kau hado?

Lembu-lembu dilepaskan untuk bersiar di petang hari mungkin.

Susu kotak kecil RM4.50 je. Kotak besar RM7.50 tak silap regenya.

Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.,
P.O.Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau,Sabah.

Tel/Faks no.: 088-889562 

Kinabalu Park 
Kinabalu Park ni, dia terletak dalam kawasan tiga daerah -- Kota Belud, Kota Marudu and Ranau. Tapi bandar terdekat dia still Kota Kinabalu la. Keluasan dia sendiri 754 kilometer persegi. No wonder dia bolot sampai tiga daerah. Haha! Poring Hot Spring tu sendiri salah satu kawasan rekreasi yang popular yang terletak dalam keluasan kawasan Kinabalu Park. Luas gile kan?
Poring Hot Spring tak sempat dah nak pergi. Mana tau akan datang sampai situ pulak.


Tangga yang tinggi jugak la nak sampai atasa tu mengah manja sikit. Hahaha!

Bayaran masuk ke Kinabalu Park, RM3. Tiket boleh guna untuk bayaran masuk ke Poring Hot Spring. Masa tengok map Kinabalu Park, banyak tempat menarik. Member tu rasa macam nak pergi semua tempat. Tapi kitaorang pergi untuk bergambar saja sebab semua tempat ada bayaran masuk dia sendiri. Haha! Lagi pun hujan dan kekangan masa. Kalau spend lagi a few hours kat sana, mesti drag masa and tak sempat pergi tempat lain.








Di pintu masuk, bayaran minima akan dikenakan untuk setiap kereta ( mengikut bilangan pelawat). Jangan risau, bayarannya cukup minima iaitu :

- RM 3 untuk 18 tahun ke atas
- RM 1 untuk 18 tahun ke bawah.

Harga masuk RM3 boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hot Springs sekali tapi kitorang sekadar melawat kawasan je. Macam tak percaya dah jejakkan kaki ke sini. Suhu memang sejuk. Udara segar dan nyaman. Kawasan tinggi kan. 

Kalau korang nak tahu, Poring Hot Spring tu sebahagian daripada Kinabalu Park yang sangat luas. Ini adalah destinasi pelancongan yang paling terkenal di kalangan pelancong luar negara dan juga tempatan. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai aktiviti lasak dan menarik, yang sesuai untuk individu dan juga keluarga.

Untuk pengetahuan juga, Poring Hot Spring ni dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. So, tak hairanlah setiap kali pendaki-pendaki Gunung Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali tubuh yang keletihan. Tapi hari tu macam tak nampak pun pendaki-pendaki. Maybe dorang selalu lepak petang-petang kot. Huhu!

Jambatan Tamparuli / Gantung

Jambatan ini kecil sahaja muat untuk sebuah kereta melaluinya. Jadi kena ambil giliran untuk pergi dan balik. Jambatan Tamparuli ini akan dilimpahi jika paras air sungai naik. Amat bahaya jika arus deras. Dihujung jambatan ada sebuah pekan kecil, Pekan Tamparuli. Boleh lah nak beli barangan runcit. Kalau nak lihat pandangan jambatan seperti kat bawah kena lalu jalan darat.


Jambatan gantung ini digunakan untuk pejalan kaki melintasi sungai dan masih digunakan oleh penduduk tempatan. Bukan saja-saja buat pertunjukan seperti rumah terbalik. Nak guna jambatan ni percuma saja, tak kena tol. Manakala kereta boleh guna Jambatan Tamparuli bersebelahan (nama sama tapi gantung dengan tak gantung je). 

Nyanyi sikit lagu dia tu.. :P

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan

Jambatan doh Tamparuli

Bakasut tinggi oku
Sumunsui doh jambatan

Jambatan doh Tamparuli

Pak pak kang ku doh

Bakasut tinggi oku


Silaka nodi kasutku

Naratu lo jambatan

Tinggal poh doh sutakin

Nowid ku di numuli


Ontok di hari 3

Tamu lo Tamparuli

Mingusuk poh hilo kadai

Mogihum doh kasut tinggi


Marina Court Resort Apartment
Malam kedua kami menginap di Marina Court Resort Apartment. 
Rumah dan bilik yang selesa. Apartment terletak berhadapan laut belakang Pasar Filipina. 
Tapi tak nampak la sebab depan apartment ni ada bangunan shoping complex besau punya. 

Pasar Filipina
Jam 7.30 malam kami bergerak ke Pasar Filipina untuk makan malam. Tempahan lauk pauk dibuat awal oleh tourist guide kami so sampai disitu kami Cuma perlu makan je. Hehehe. Selesai dinner, kami diberi pilihan samaada mahu berjalan di kawasan pasar atau pulang ke resort penginapan. So, ada yang masih mahu berjalan dan ada yang nak pulang ke resort. Jarak pasar ke resort tak jauh mana pun. Selesai membeli kami berjalan kaki pulang ke resort.



The Disclaimer


Dashboard +Follow

Ya Allah,,, Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap ujian-Mu.. Pada-Mu tempat ku mengadu.. Pada-Mu tempat ku berharap.. Sesungguhnya Pada-Mu tempatku bergantung harapan.. Amin Ya Rabbal Al-Amin..

current visitor: Stalker (s)


So Soon


Daisypath Anniversary tickers
Navigations!

• Diary • About • Site •


Follower


Let's Talk!


URL blog wajib ade not email !
Harsh words & Anon not allowed !


The Credits!

Template by : BlogSkins Awayy
Full Edited : FarahEone

Best View at GOOGLE CHROME!


100% Designed by FarahEone . All Right Reserved ©