|
TRIP SABAH - PART 3
Saturday, April 8, 2017 @ Saturday, April 08, 2017 | 4 Comment [s]
Assalamualaikum..
Hari ketiga di Sabah.
Siap-siap semua dah ready pukul 9pagi untuk aktiviti soping menyoping bekalan ke Semenanjung. Kitorang dah beli dulu malam kedua tu so tak banyak sangat la nak soping dah. Hari ketiga team kitorang enjoy sikit maklum la dah beli barang baik dulu. Hahahaha..
Filipino Market
Makanan yang femes kat sini.
Kerepek kueh cincin kuey ape tah bulat-bulat tu.
Ikan masin ikan terubuk ikan bilis sotong kering sotong kecik sotong besar udang kering macam-macam la semua ada di sini.
Sediakan duit untuk borong semua sekali je.
Belakang pasar pilipine ni ada kawasan nelayan tapi memang cantik la.
Bersih je walupun tu kawasan nelayan.
Jalan Tun Fuad Stephen,
Pusat Bandar Kota Kinabalu,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Signal Hill
Aktiviti seterusnya lepak sekejap kat Menara Tinjau Bukit Signal. Ada jugak yang panggil Bukit Bendera. Jangan ingat kat Pulau Pinang je yang ada Bukit Bendera yerk.. Sama cam Bukit Bendera Pulau Pinang, ini lokasi paling tinggi di Bandaraya KK yang korang boleh lihat keindahan seluruh bandaraya KK.. .
Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye.. Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini.
Platform pemerhatian ini berbumbung terletak di pinggir Signal
Hill, atau Bukit Bendera, di belakang Pusat Komuniti Kinabalu Kota menghadap
bandar Kota Kinabalu dan Laut China Selatan. Ia menawarkan pelawat pandangan
mata burung pusat bandar, serta pandangan yang jauh daripada Tanjung Aru dan
Likas Bay kawasan. Signal Hill adalah sebenarnya, salah satu tempat yang
terbaik untuk mendapatkan pandangan yang baik dari KK.
bukit berada di kawasan semula jadi di mana satu aman boleh
menikmati pemandangan kaki langit di bandar yang indah dengan pemandangan yang
meliputi pulau-pulau.
Pantai Tanjung
Aru
Memandangkan epot terletak dekat Tanjung Aru,
so aku masukkan Pantai Tanjung Aru kat dalam itinerary nih. Lepak kat pantai
adalah aktiviti terakhir kitorang kat Negeri Di Bawah Bayu nih.. Pantai Tanjung
Aru ni terbahagi kepada dua, First Beach dan Second Beach.
Cantik betul pantai ni. Semua pantai di Sabah
memang cantik..
Masjid Bandar Kota Kinabalu
Masjid Bandaraya
Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya
pada tanggal 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu
sebagai sebuah bandaraya. Ia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk
Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8.
Masjid Bandar adalah
masjid utama di kedua selepas Masjid Negeri. Ia telah dibuka secara rasmi pada
2 Feb 2000 sempena pengisytiharan status bandar Kota Kinabalu.
Terapung di lagun
buatan di Likas Bay berhampiran Laut China Selatan, masjid ini adalah contoh
terbaik seni bina Islam moden dengan bersih, kelihatan kontemporari. reka bentuk
bangunan yang berkongsi beberapa persamaan dengan Madinah Masjid An-Nabawi,
manakala kubah emas dan biru adalah kenangan kepada yang biasanya terdapat di
Timur Tengah. Masjid terapung memberikan gambaran terutamanya dramatik ketika
matahari terbenam. Dewan solat utama
Masjid City mampu menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu masa dan
mengandungi tiga madrasah.
Berakhir sudah percutian kitorang di Sabah.
Total segala perbelanjaan sepanjang 4 hari 3 malam adalah tak lebih daripada
RM1400. Masa kat sana aritu aku catatkan segala benda yang kitorang beli, even
beli cikedis anak-anak pun aku catat jugak.. Sampai sekarang aku still simpan
nota perbelanjaan kitorang tuh.. Semoga ada rezeki lagi untuk kitorang datang
ke KK lagi.. Ameen...
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |