|
Time Flies But Not Memory
Thursday, August 10, 2017 @ Thursday, August 10, 2017 | 0 Comment [s]
Apa kenangan terindah mu
ketika masih kecil dulu? Ada? Pasti ada. Dari sekian banyak peristiwa
di masa lalu, pasti lah ada kenangan yang dianggap paling berkesan hingga
selalu diingati hingga dewasa.
Kenangan..
Satu peristiwa yang pernah di lalui oleh setiap manusia.
Tak kira ia baik atau buruk..
Manis atau masin atau tawar.
Ia tetap satu kenangan..
Tipulah kalu tak der orang yang punyai kenangan.
Tak ada kisah silam.
Tempat jatuh lagi dikenang.. ibarat itulah diri aku..
Kuarter Mardi Sungai Baging adalah tempat membesar
dan tempat aku membina karakterku.
27 tahun telah pun berlalu..
Di
sinilah aku membesar..
Di
sinilah aku belajar alif..ba..ta..
Mengenal A..B..C..
Mengenal 1..2..3..
Sehingga aku boleh membaca... menulis...mengaji..
Aku meniarap..
Aku merangkak..
Aku berlari..
Terjatuh..
Aku gembira.. Aku berduka.. Aku ketawa.. Aku menangis..
Segalanya
di sini..
Rasa dekat bila berada di tempat ni..
Rasa rindu dalam hati kepada umi dan abah yang membesarkan aku..
Terima kasih..
Aku menjadi manusia ...
Di
rumah ini zaman kanak kanak ku bermula..
Di
rumah ini aku membesar dan belajar mengenal erti kehidupan..
Mengenal
erti persahabatan..
Masih
sama..
Penghuninya
bersilih ganti.. hanya aku dan keluarga yg paling lama di sini..
Di
sini aku pulang setiap hari setelah tamat sekolah..
Di
sini aku menikmati makan tengahari berlauk kicap dan telur mata.
Di sini aku bermain hujan ketika musim hujan..
Di sini aku bermain basikal, congkak, masak-masak, cikgu-cekgi, dan pelbagai lagi bersama kawan-kawan..
Di sini tercipta kenangan bersama jiran-jiran yg bermuafakat untuk mengadakan jamuan raya..
Di sini aku panjat pokok mempelam dan berkumpul ramai sambil makan colek pelam di depan rumahku..
Di sini jugalah aku dan suami bersatu menjadi suami isteri yg sah💕
Aku
tersenyum..
Adakah
anak-anakku nanti bakal merasai dunia kecil seperti ku atau
jadi orang bandar yang geli dan jijik dengan semua tu..
hurm....
Kenangan masa kecil adalah kenangan yang paling berharga,
bahkan lekat dalam ingatan. Kenangan indah itu memberi pelajaran berharga bagiku untuk menjadi peribadi yang cinta akan keluarga. Semoga anak-anakku juga
memiliki kenangannya sendiri kelak mereka dewasa.
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |