|
Wedding Of Decade 2017 : Ummi Nazeera dan Dr. Mohd Izzar Anwari
Monday, August 14, 2017 @ Monday, August 14, 2017 | 2 Comment [s]
Assalamualaikum..
Hari ni share entry majlis perkahwinan artis sorang ni. Dulu tak bape suka dengan Ummi Nazeera ni tapi sekarang awesome sangat tgk majlis perkahwinan dia jadi tersuka tanpa sengaja hehehe..
Tahniah
diucapkan kepada Ummi Nazeera yang telah pun selamat bergelar isteri
kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dalam sebuah majlis
pernikahan tertutup pada 23 Julai lalu. Keputusan untuk mempercepatkan majlis
pernikahan itu telah dilakukan bagi menghormati permintaan keluarga. Mengikut
perancangan asal, mereka sepatutnya bernikah pada 3 Ogos di sebuah hotel di
Putrajaya.
Ummi
dan Izzar telah disatukan dengan sekali lafaz dengan disaksikan kira-kira 20
orang tetamu. Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas
sembilan. Jumlah mas kahwin pula dirahsiakan.
Selesai
mengadakan majlis meraikan pernikahan, pada sebelah malam Jumaat 04 Ogos 2017
pelakon Ummi Nazeera bersama dengan suami tercinta Dr. Izzar telah
diraikan dalam upacara Berinai yang dimana ianya adalah bertemakan "Bollywood".
Hampir kesemua tetamu yang hadir pada malam tersebut datang dengan mengikuti
tema Bollywood yang meriah itu.
Ummi
Nazeera kelihatan persis heroin Bollywood sewaktu mengenakan sari yang
begitu cantik sekali, manakala suaminya pula amat segak dalam mengenakan kurta
persis hero Bollywood. Majlis ternyata begitu meriah sekali dan penuh warna
warni.
Pasangan sama cantik sama padan, Ummi Nazeera dan suami, Dr.
Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani diraikan pula dalam sebuah majlis
resepsi indah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2017.
Beautiful, wonderful, perfect, sweet, loving and amazing sungguh pasangan sejoli di majlis resepsi perkahwinan mereka yang telah berlangsung Sabtu lalu di sebuah hotel di Putrajaya. Memang bak pinang dibelah dua. Bak Beauty and The Beast yang telah bertukar menjadi putera raja. Cantik dan kacak sangat-sangat. Jeles tau sebab rasa nak kahwin balik dengan laki yang sama :P
Ummi dan Izzar membuat persembahan tarian waktu majlis gilang-gemilang mereka berlangsung. Tapi biasalah, ada je mulut longkang yang bercakap belakang, mempertikaikan tarian mereka tu. Heyy, biar lah diorang nak menari macam mana pun. Kan majlis kahwin diorang, sekali je seumur hidup. Lagipun majlis kahwin Ummi ni 100% hasil usaha mereka sendiri.
Antara corat-coret menarik yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung.
1. Atmosfera, dekorasi dan ekspresi indah dalam hutan
melatari segenap resepsi perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu.
2. Biarpun mengimpikan perkahwinan dalam taman, namun Ummi
tetap gembira dengan konsep majlis resepsinya itu. Menurut Ummi, konsep
tersebut dipilih kerana suaminya merupakan individu yang gemar mengangkat
tinggi nilai alam semulajadi.
3. Ummi kelihatan anggun dengan busana indah ilham pereka
fesyen terkenal Indonesia, Tex Saverio dan persalinan kedua, Fizi Woo. Manakala
Dr. Izzar pula kacak dalam persalinan Louis Remarque.
4. Majlis resepsi Ummi dan Dr. Izzar turut dimeriahkan
dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha, Eirma Fatima, Datin Paduka
Umie Aida, Raline Shah, Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Liyana Jasmay, Fara Fauzana,
Izara Aisyah dan ramai lagi.
5. Ummi
dan suami berjalan romantik menuju ke pelamin sambil diiringi lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.
6. Saat
tiba di tangga pelamin, veil panjang
Ummi dipijak oleh seseorang sehingga membuatkan wajah Ummi sedikit berubah.
7. Tetamu turut dihiburkan dengan segmen nyanyian oleh
Nadia Aqilah dan Tony Eusoff menerusi untaian lagu Selamat Pengantin Baru,
Tunggu Sekejap, Saat Yang Bahagia, Manusia dan banyak lagi.
8.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan koir Universiti Limkokwing
dengan lagu Only You, Symphony dan Every Breath You Take.
9. Acara
memotong kek pasangan pengantin turut diiringi dengan persembahan nyanyian
daripada penyanyi Indonesia, Dian Piesesha.
10.
Seluruh dewan bersorak apabila pengantin ‘sporting’ membuat
persembahan tarian menerusi lagu duet Mark Ronson dan Bruno Mars berjudul, Uptown Funk.
Kemeriahan majlis resepsi pelakon
Ummi Nazeera, 27, dan suaminya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani,
30, pada 5 Ogos lalu sememangnya menjadi perhatian ramai. Sehingga kini, majlis tersebut masih lagi hangat
diperkatakan bermula dengan pelamin, busana cantik yang disarungkan sehinggalah
ke acara kemuncak pada malam tersebut iaitu tarian pasangan pengantin.
Majlis resepsi pelakon
Ummi Nazeera dan suaminya, Dr Mohd Izzar yang seterusnya telah belangsung dengan meriah semalam
dengan memilih tema 'tradisional melayu' di Persiaran KLCC pada 12 Ogos 2047. Dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, Ummi dan suaminya kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan songket berona ungu.
Selamat
bernikah dan melangsungkan resepsi perkahwinan minggu lalu, 19 Ogos 2017 Ummi
Nazeera dan suami diraikan sekali lagi dalam majlis bertandang. Majlis
yang indah itu melihatkan Ummi dan suami cukup anggun dan kacak memakai
persalinan songket berwarna kelabu lembut.
Banyak betul duit dia.. majlis resepi ade 3 kali perrrr kayo la..
Baju letup kebabom plak tu.. ok bye..
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |