|
Penggunaan Contact Lens
Wednesday, September 20, 2017 @ Wednesday, September 20, 2017 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum..
Saya pasti ramai yang musykil tentang penggunaan contact lens
pada bulan puasa kan?
Soalan;
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya
dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa
solat, puasa, adakah sah ibadatnya??
Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?
Jawapan:
Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah
mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya
adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan
kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum
perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang
lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang
boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah
memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata
yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan
meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan
oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan
fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]
3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat
dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam
mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau
ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu
juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah
membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat
kerana contact lens.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin
(http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid
(http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi
(http://www.islamic-fatwa.com/)
Ada ulamak pula mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun
wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun
keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat.
Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah –yang dihujjah oleh
ulamak yang mengharamkannya kerana factor tersebut, dijawab oleh uulamak-ulamak
yang mengharuskannya; ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana
dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens
itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan.
Sumber: Islam Itu Indah
Semoga pembacaan ini mendapat hasil yang bermanfaat, in sha
Allah..
| The Disclaimer
![]()
Navigations! ![]() Follower Let's Talk! ![]()
The Credits! |